Hilang kata kata disini
Bisu.
Diam
Sepi
Sunyi
Aku kembali
Untuk sekian kali
Memeberi erti
Hidup ini
Umpama
Menunggu
Bila mati?
Kembali
By kedai buku perintis
Teroka minda bangsaku
By kedai buku perintis
Malaysia.bumi ku pijak
Malaysia langit ku junjung
Kini bernafas dalam selut
Lumpur derhaka
Bumi bangsa
Angkara kemelut
Kuasa dan teroka harta
Menguasai jiwa
Malaysia ku
Menghimpun jiwa pelbagai bangsa
Kini terbahagi arah
Lantaran fitnah fitnah
Meracun minda
Anak bangsaku.makin leka
Dengan maya.
Dengan jiwa merdeka yang makin hilang dijajah dunia.
terluka kah ?
By kedai buku perintis
Terluka kah?
apa ada dalam fikiran kamu.
wajah diamku yang tunduk tidak memandangmu
hanya kosong melihat kegelapan
sembunyi duka yang bergelimpangan
medan juang hati yang rawan
terpaksa teruskan
dalam kepayahan
mengheret luka yang sekian kalinya
mungkin terakhir dalam nafas sezaman kita
terlukakah kamu
aku yang sudah tiada dalam gengaman
walau kamu cuba memimpinku
seperti dulu aku yang enggan lepaskan kamu
dari hati yang sering retak seribu
terlukakah kamu
yang masih memuntahkan rasa sayang
pada jiwaku yang melayang
dibawa roh dikesiangan
sebelum sempat malam menjulang
terlukakah kamu
yang kamu dampingi
adalah roh yang sakit
dan melihat jasadnya seperti dipuja.
seperti mana aku terluka
aku jua ingin melihat
darah kita mengalir
ditempat yang sama....
Di dalam sepi itu.wmv
By kedai buku perintis
akhirnya aku mendapat finalnya.remuk hati bagai dikeroyok.disepak diterajang sesuka hati.sekian lama hati bersabar dan diuji untuk terakhir nya.kita telah tammad disini dan ia bermula untuk permulaan yang lain.
tiada lagi yang dulunya...
kbp
tiada lagi jam menungguu
tiada lagi petanyaan.yang sudah ku temui jawapan.
aku sudah berlalu......
hujung senja dengan air mata
By kedai buku perintis
Tertahan.
jangan titis
besarkan sombongmu
pada jiwa yang kental
disini ia hanya KERESAHAN
atau KESEDIHAN
mainan PERASAAN
Siapa KAWAN
Untuk dipinjamkan BAHU
Waktu mengharapkan TANGAN
Ia hilang atau berlalu
maka....
By kedai buku perintis
bijak kata katamu
bijak tindakannmu
setelah aku mendapat restu
dari hati yang dibahagi bagi
kamu menarik diri
tinggalkan aku termanggu sendiri
maka
luka yang menitis
ku kumpul menjadi segengam darah
bergumpal dengan dendam
yang tidak hilang terpadam
Maka
kamu kamu kamu dan kamu
lemas dalam hanyir tawaku
berdekah dekah didada langit
berkumandang dengan gilai gilai kepuasan
Maka
setelah aku butakan
halatujumu.
aku biarkam ,kamu menongkat dengan kekesalan
ingat kembali
apa yang pernah terjadi
sehingga aku menjadi sebahagian
wajah kelam dengan hati yang hitam legam
kerana dendam.
Maka
bagaimana mungkin aku hentikan sumpahan
dalam airmata yang hilang
kbp
jangan sesekali menoleh padaku
dan lihat dalam mataku..
kamu mungkin diantaranya......
(pontianak harum malam khamis)
12,59
12,59
Subscribe to:
Posts (Atom)





