selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

ku lepaskan


ku lepaskan pensil
tiada perkataan lagi
ku biarkan kertas putih diterbangkan angin
tiada tulisan lagi
dan tiada lagi cerita cerita
terungkap dalam nada
puisi puisi yang ku reka
dalam imagenasi atau fakta selesa

ku lepaskan hela nafasku
dalam dalam dari dalam
dan ku pejamkan mata
ia hilang dalam diam keluhan
apa makna yang aku cari
selama tercipta puisi didada ini

apa senyum yang ku dapat
bila pandangan tidak bersinar
kejian bermakrifat
pujian melaknat.

Category:

3 comments:

Anonymous said...

Salam.Kenapa perlu dilepaskan?.

zeza said...

semua hakikat didunia ini tak lari dari lepas terlepas lepaskan dan melepaskan....

kita hanya ada pilihan samada lepaskan atau terlepas..mungkin ada sesuatu yang kita terlepas pandang...

Anonymous said...

melepaskan,kelepasam.dilepaskan=melepas

Post a Comment