makin aku tidak pandai....
menulis
dengan tinta darah
melihat luka luka
untuk aku terjemahkan sebuah kesakitan
az mds
selamat datang
menurut arus tanpa kerelaan
akur
kebelakang
hati berpaling
namun harus kedepan
luka terbiar.
beku kering sepanjang
langkah memangkah
pasrah tanpa arah
diam mendiam
hilang perkataan
terdampar kepenatan
dipantai yang terasing
dunia bagai ligat berpusing
mencari jawapan
satu kehidupan teruji
dihujung belum mati......
Kembali
Hilang kata kata disini
Bisu.
Diam
Sepi
Sunyi
Aku kembali
Untuk sekian kali
Memeberi erti
Hidup ini
Umpama
Menunggu
Bila mati?
Teroka minda bangsaku
Malaysia.bumi ku pijak
Malaysia langit ku junjung
Kini bernafas dalam selut
Lumpur derhaka
Bumi bangsa
Angkara kemelut
Kuasa dan teroka harta
Menguasai jiwa
Malaysia ku
Menghimpun jiwa pelbagai bangsa
Kini terbahagi arah
Lantaran fitnah fitnah
Meracun minda
Anak bangsaku.makin leka
Dengan maya.
Dengan jiwa merdeka yang makin hilang dijajah dunia.
Baru tadi
aku temui dia
menyelam juga dalam kehidupan
dahaga dalam musim tengkujuh
dalam hujung kemarau dihati
dalam arah mencari cari
hakikat diri
tiada kata kata
tak ada air mata
mengiringi dia hanya
doa dan semangat waja
hilangkan resah jiwa.
baru tadi
aku ketemui dia
hilang aku dalam dakapan dunia
hilang aku dalam bersahaja
dia senyum
bersalam rindu
dan akhirnya berpisah
selamanya.........