selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

ADAKAH ANDA SEORANG YANG BERBUDI BAHASA


saya hanya diam terpaku bila pelanggan tiba tiba masuk kekedai saya dan menjerit jerit.mana budak yang kurang ajar tu.saya nak ajar dia sedikit...
ooiii budak setan ,,kamukah yang hilangkan saya punya document.dia terus menuding jarinya kepada staff saya.

staff saya terpingga2.dan dia bertanya.kenapa kak.document apa yang hilang.
tadi awak yang photostat document saya.3 set.saya suruh anak saya ambil tadi.kamu cakap tak ade.

melihat keadaan yang tegang.saya cuba untuk selesaikan.
maaf puan...apa masalahnya.boleh saya tahu.
dgn kasar...dia bertanya saya kembali...awak siapa..tak payahlah nak sibuk.ni budak bodoh tak ade otak ni telah hilangkan document saya.

saya hanya menahan rasa.dan dgn perlahan saya berkata.maaf saya tuan punya kedai ni.kita boleh selesaikan prob ni...dgn baik
puan sila duduk dan ceritakan apa masalahnya
dia agak terdiam tapi menuruti pelawaan saya agar dia duduk.
nampaknya puan ni masih tak dapat menahan amarahnya...suaranya agak tinggi dan agak menegking.pelanggan lain tertoleh toleh kepada puan tadi.

saya memanggil staff saya dan bertanya betulke spt yang didakwa oleh puan tadi.
setelah memahami apa yang diceritakan..staf saya pergi kepada tempat simpanan dan datang memulangkan 3 set document .

maaf puan,td puan datang photostat dan beritau akan datang kembali.masalahnya puan tidak datang dan meminta anak puan mengambilnya.saya tidak tau dia anak puan dan dia cuma cakap 3set document,kami sebenarnya menyimpan banyak document custumer dan kami tak pasti apa yang anak puan minta.

kan saya beritau anak saya tajuk2 document tu....nampaknya puan baru terasa kesilapan dia dan mengaleh kesalahan pada anaknya pula.
puan itu terus bangus dan mengambil document tu dan terus kekaunter pembayaran.mahalnya photostat disini...katanya kasar dan terus keluar.

hati saya agak panas tahap mendideh.saya terus duduk dan cuba untuk menghilangkan perasaan marah....dalam hati...teruknya perempuan ni.....

Category:

0 comments:

Post a Comment