selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

aku bukan marah sesiapa


melihat dalam diri
diam dalam minda
mencari arti
keluhan meresah jiwa
sekadar aku menyedarkan diri
yang terabai sekian lama
entah kemana
seperti tersedar
tiba tiba angin berhenti bertiup
mentari menyembunyikan wajah
namun panas terik tetap membasahi peluh
seperti dapat rasakan
hujungnya adalah reranting rapuh
bukan dahan lagi tempat berpaut
seperti diberi ingatan
balasan tetap akan datang
kecundang tanpa berperang
rebah jiwa gelabah



Category:

2 comments:

menyegar said...

Salam.Sebuah sajak yg menarik.Tapi boleh tolong terangkan maksudnya tak?

zeza said...

salam menyegar.

seseorang yang patah hati dan sedar bahawa banyak perkara telah terlepas pandang sehingga dia mendapat musibah dan dia tersedar ada perkara yang patut dia lepaskan demi perjuangannya.

Post a Comment