selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

apa yang tinggal


masa yang kita heret bersama
bukanya sekejap tapi sudah lama
bukan namanya perjuangan
tapi kepentingan perasaan
yang kering kekosongan
yang rela kita kongsikan
dalam tembok perpisahan
dalam kesedaran akan kehilangan nilai diri
yang dipertaruhkan

dan masa depan yang tak ketahuan
anak anak kita
akan memaling wajah dan menuding jari
kami berdiri disini kerana kamu leka duduk disana
kami sakit menikam diri kerana kamu cuai bergembira
maka lahirlah kami dgn kesedihan
melihat satu bangsaku rebah dibumi
tiada darah yang akan mengalir
kerana kamu menghirup darah bangsamu sendiri
tiada juga air mata yang tumpah
kerana kamu puas bergembira dengan megah.

Category:

0 comments:

Post a Comment