selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

iklas dariku


untuk penyedar anak bangsa(C L J)

dia menanggis sambil bercerita
anak bangsa yang lari akidah
anak terlepas pengangan agama
anak yang hidupnya memuja dadah
anaknya yang ibubapa beraleh arah
airmatanya gugur dengan sengketa
naluri kecintaan dan ego yang terbuang
dia lelaki itu
melihat dunia yang penuh daki
busuk hanyir dengan dengki
melayu yang hilang jati diri
kuasa keris hilang singgahsana
orang melayu hilang melayanya
airmatanya
tidak bernafsu untuk disapu
mengalir dalam suntuk perjuangan
agar anak bangsa menegakkan tiang
kenal darah yang tertumpah
demi menjadikan negara tidak punah
dia hanya mampu mengalirkan air mata
untuk sedarkan anak bangsa
teruskan perjuangan keturunan yang makin parah
oleh manusia terlepas arah
dia menanggis
melihat kejauhan
anak cucunya
hilang didunia dalam sengketa
dia menanggis
melihat bangsanya
menadah tangan meminta minta
tanpa disedari
aku juga mengalir air mata
setelah habis anakku bercerita
sekembalinya dari biro tata negara....

Category:

3 comments:

C L J said...

Jika sekiranya hamba
tiba tiba menjadi tiada
usah engkau cari batu batu
penanda pusaranya;
hamba tidak akan semadi disitu;
hamba tetap akan kembali
untuk berdiri dibelakang mu;
selagi engkau meneruskan
perjuangan ini.

kedai buku perintis said...

yang hanya dapat diucapkan jutaan terima kasih.

C L J said...

Pesanan Tun Sri Lanang:

Anak Melayu itu, juka pun ia berbuat salah; jangan engkau bunuh akan dia, kerana dia masih tetap Melayu. Melainkan dosanya derhaka.

Ingin ku sambung pesanan itu untuk ditujukan kepada mereka yang ada upaya memberi bekas:

Maka janganlah engkau napi, abai atau memandang mudah peluang untuk anak anak Melayu itu. Berilah mereka kesempatan untuk mereka bangkit menyerlahkan kehebatan mereka sebenar.

Dan demikianlah jua aku selagi ada hayat ini. Inshaallah.

Post a Comment