selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

kebenaran


sebenarnya bukan apa
katakan yang jujur apa salahnya
kenapa tepuk tangan dan kata tak ada bunyi
dan katakan lagi diluar itu bising
hmmm aku sudah maklum apa tersiratnya

bukankah kita yang selalu mendendangkan
lagu dan tari kita macam sejiwa
langkah kaki tak pernah sumbang
dan kita juga berkongsi ketawa
tapi tak tahu kenapa
ada yang tak kena

kalau seperti ini
lupakan aku sebagai teman.
lupakan tawa kita
lupakan airmata juga
aku bukannya apa
kalau jujur kamu jujurlah aku juga
agar aku boleh bergembira dgn sebenarnya
mungkin selepas ini
kalau aku tak seperti dulu
kau pula mencari
suara aku
dan kalau aku mampu berlagu
ia tidak selunak dulu,,
maafkan aku
maafkan aku
maafkanaku
maafkan aku
maafkan aku




Category:

3 comments:

C L J said...

Mencari kebenaran dalam hati pemburu mewah
samalah mencari sebutir pasir dari dalam sebungkah batu pejal.
Mencari kebenaran dalam kehidupan manusia akhir zaman
samalah mencari sebutir mutiara diparoh seekor haruan.
Parahnya tidak terhetongkan
namun khalifah haram menyerah kalah
wajib jua bagi setiap yang bergelar khalifah meneruskan
perjuangan tanpa henti tanpa hujungnya jua.

kedai buku perintis said...

Mencari kebenaran dalam kehidupan manusia akhir zaman
samalah mencari sebutir mutiara diparoh seekor haruan.


mutiara dan haruan adalah dalam dua dunia yang berbeza walaupaun hakikatnya ia berada dalam satu situasi(air)

.kebenaran akhirnya akan terungkai dengan pemahaman pengalaman yang panjang.

C L J said...

Punya paroh itu adalah burung
Mutiara itu terjadi dalam sejenis siput laut
Haruan itu adalah nama bagi sejenis ikan air tawar.
Betapa luar adatnya terpalut dalam sebuah ayat yang nampak seperti lunak itu.
Namun seorang khalifah dimuka bumi dengan peranan dan tugas yang telah diterima sejak awal kejadian baka tidak boleh berundur dan menyerah kalah. Perjuangan tetap kena ditangani dengan penoh bijaksana dan tanpa hujung.

Post a Comment