selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

nilai kesabaran

marahmu bagai diletak dihujung kaki
menjadikan akalmu lemah
gagal mentakbir diri
dan syaitan ketawa berdekah dekah
menangkan diri
aku melihat disebalek kemarahanmu
bagai seorang raja
yang bertahta dengan ego dan takbur
didepanmu hanyalah hamba hamba
bagai menunggu hkuman
dan kau bagaikan mengikut telunjuk
dengan kuasa lemah iman dan akalmu
aku hanya melihat dan menilai
kematangan mu jatuh dihujung kaki
iman mu bagai terpijak kaki sendiri
dan apa yang aku rasa
kau bukan lagi dihati

Category:

2 comments:

C L J said...

Allahuakbar...
payahnya kerja kita
sebagai khalifah dibumi Allah
yang lemah dan kurang itu
adalah kerja kita membinanya
yang punah dan rusak itu
adalah kerja kita memulihnya
yang lebih dan hebat itu
bukan untuk dihasad dengkikan
yang bijak dan pandai itu
bukan untuk kita calar lenahkan
bahkan adalah kerja kita
untuk bina kukuh kuatkan
dengan tulus harapan
mara ia kehadapan meningkat keatas
menumpang sumbang budi jasa kita jua
semuga terkumpul menghimpun jariah.

zeza said...

salam clj

terima kasih.
begitu berkesan dalam hati ini.

Post a Comment