selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

budak budak kita

mengikut statistik pelanggan remaja yang datang membeli atau melanggan buku novel atau berilmiah amatlah mendukacitakan.Mereka lebih fokos pada komik komik semasa dan bacaan hiburan.Lebih malang lagi remaja LELAKI paling menurun kredibilitinya.

Mungkin IT telah merubah segalanya.Mereka lebih hanyut dalam dunia keseronokkan sementara daripada menimba ilmu dari pembacaan yang lebih menguntungkan.Tidak juga menghairankan bangsa asing lebih monopoli bahasa melayu dari melayu sendiri.Kenapa saya katakan begitu.
Kebanyakkan majalah.dewan masyarakat,dewan siswa.dewan pelajar dan yang senada dengannya di langgan tetap oleh bangsa cina dan india.Pelajar melayu kita....hanya boleh dibilang oleh jari.
Atas inisiatif ini saya cuba menarik kembali anak muda kita supaya mendekati bacaan bacaan yang berilmiah tinggi.Saya difahamkan anak anak kita tidak matang dan tidak pandai berkominikasi yang baik disebabkan ilmunya cetek.

Lihat saja gaya mereka bertutur.sedih.lebih binggung lagi drama drama melayu juga terikut ikut
gaya percakapan remaja melayu kita sekarang.Apa peranan DEWAN BAHASA.Dan pejuang bahasa yang dulu sanggup berdemostrasi kerana mempertahankan bahasa melayu.Apa yang saya tahu,mereka hanya memperbodohkan bangsa sendiri dan mencampakkan nilai nilai melayu
yang masih bersisa dikaki bangsa asing.melayu apa yang tinggal...............Belacan .tempoyak dan budu....memasak juga kena ada ilmu......

Category:

2 comments:

C L J said...

Maka teringatlah hamba keadaan dalam tahun tahun awal 60an. Di pekan kecil dimana hamba dibesarkan hanya ada 1 penjual akhbar dan majalah. Pembekal itu memesan:
250 Majalah Filem,
150 Movie News.
50 Dewan Masyarakat
30 Dewan Bahasa (lain2 blm ujud lagi)
25 Play Boy
8 Psycologist
(Sekasar menyebut beberapa jodol bersama bilangan yang hamba ingat)

Seterusnya hamba juga ikut meninjau majalah2 tersebut dirak dan bawah meja tamu kawan kawan serta rumah guru guru hamba. Hamba dapati majalah2 ilmiah yang sudah berbulan usianya pun masih keras dan seperti tak berapa diusik sementara majalah filem dan movie news jelas lusuh dan renyok kerana ramai membaca atau tompang membeleknya.

Inilah asas kepada terbinanya budaya malas membaca anak anak muda zaman kini barangkali.

Sesuatu barangkali harus dilakukan.

Oleh siapa agaknya ???

zeza said...

setiap seorang bapa harus membawa balek majalah2 ini untuk dibaca sekeluarga.luangkan waktu santai dengan keluarga waktu minum dengan sambilan membaca malajah.letak majalah ini dalam kereta bila keluar berjalan jalan.biar minda anak2 terbuka sedikit demi sedikit.bukan memaksa tapi datangnya sukarela

Post a Comment