wajah letihmu ku sambut dengan senyuman
air putih sejerneh kasih aku hulurkan
aku iringi langkahmu pada sendirimu seketika
biar kau luahkan kepadatan minda keruhmu
dalam sendiri dan aku tak akan bertanya.
sehingga kau tenang.ku rebahkan kepalamu diribaku.
rambut mu yang kusut ku selak dengan kasih jemariku
dan seketika aku biarkankita dalam suram cahaya
dalam wangian aroma penuhi ruang yang diam
tenangkan mu dalam pangkuanku kasih
ku tutup kelopak matamu dengan bukakan permandangan belantara
kita sama sama menapak dan menghirup udara segar
mendaki tanah tinggi dengan rasa cintamu
dan kita sama dipuncak menikmati canteknya suasana
seketika kita seiring nafas yang tidak ada kata kata
tenang dan mendamaikan
tidak ada yang membahagiakan aku
seketika bila kamu boleh mengucapkan
jangan pergi terlalu lama
kerana aku terlalu merindu
dan aku merasakan setiap saatku
adalah dalam hatimu
dihargai dalam harapanmu
selamat datang
KEDAI BUKU PERINTIS
PUTRA PERDANA
kepulanganMu
By kedai buku perintis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alangkah bertuahnya yang pulang itu.
tiadak ada orang yang merasa bertuah sekiranya tiada iringi perasaan kasih yang cintakan Tuhannya.
Post a Comment