selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

malam esok



mana mungkin aku boleh berada di majlis itu
biar aku disisi tapi matamu berlari menyambut senyummya
dan mata kamu berdua bercerita tentang kenangan
aku objek kaku selaku pendamping yang tertulis
dan aku tidak mahu memperlihatkan wajah huduh yang memalukan kamu
biarlah
aku dirumah sahaja
berangan lebih indah dari melihat sandiwara yang menyakitkan

sedari awal kau risau tentang hadirku
aku memahaminya dan mengundur diri
aku bukannya secantek cinderella yang yang layak disampingmu
bukan juga sepopular ct norhaliza untuk kau banggakan
bukan punyai apa apa selain hati yang beku
dan aku tak mampu untuk senyum secantek kekasihmu

biar aku beku dalam diriku
biar aku baring dan lena dahulu
aku sudah tidak pandai lagi menjadi yang dulu
berlakun untuk menjadi tenang
dan aku lemas dalam gelora

Category:

0 comments:

Post a Comment