selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Last Breath - Ahmed Bukhatir (With Lyrics)

disebalek lagu ini.....
dibawah ini adalah sajak yang aku khaskan buat dia.lagu ini selalu dipasang dalam ringtonenya.msg atau calling juga alarm.aku menyedari selepas aku menemui dia dalam
kemurungan.dan sejak itu aku mula mengenali sifat seorang ibu seperti aku.dan sajak ini juga telah dibacakan oleh seorang pakar kaunseling(pensyarah) untuk pelajar pelajarnya di UIA .aku juga sebagai seorang ibu turut menerima kaunseling dan disitu terburai lah segalanya...
ia bermula dari kesilapan aku sendiri.yang suka memendam.sensitif ,rendah diri.tidak tahu bersosial dan hidup dalam tempurung .
lagu ini buat aku merasakan aku ibu yang gagal untuk dirinya....sajak ini sengaja aku ulang tayang semula....

untuk menjadi seorang ibu haruslah ada ilmu.dan saya tidak bersetuju sama sekali perkahwinan diawal usia hanya sekadar meluahkan nafsu sahaja.

wajahmu

anakku
kemurunganmu buat hati ibu sayu
buat ibu salahi masa lalu
kurang ilmu emosi selalu.
ia terkesan pada kelahiranmu

ibu hanya menharap sia sia
untuk dimengerti oleh papa
jiwa ibu sentiasa bergelora
namun pasrah parah dijiwa

duka wajahmu buat hati ibu pilu
seakan ingin memutar masa lalu
melahirkan semula dirimu

anakku

bila air matamu menitis
ibu menadah dalam hati
dan kita berkongsi

tapi adakah kamu tahu
jiwa ibu yang bercelaru
kerna duka wajahmu
adalah kesilapan lalu



Category:

2 comments:

Anonymous said...

sebuah lagu yg indah

kedai buku perintis said...

kesan yang mendalam

Post a Comment