selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

puisi ku untuk siapa


dia bertanya kenapa aku menulis puisi,kenapa lupakan diri dan untuk siapa puisi ini.

lalu aku katakan....
dari aku percayakan seseorang yang belum jelas percaya
dari aku luahkan pada yang tak tahu apa luahanku
dari aku ingin katakan pada yang belum tentu ingin tahu
dari aku bercerita pada yang entah siapa siapa
dari aku menanggis tanpa siapa melihat airmata
dari aku ketawa tanpa sama sama bergembira
dari aku bersedih tanpa siapa ingin berkongsi
adalah lebih baik aku sembunyikan untuk diriku sendiri
dan puisiku juga boleh berkongsi
bukan ku paksa sesiapa
bukan untuk sesiapa
puisiku adalah wajah ku
puisiku adalah hatiku
puisi ku adalah airmataku
puisiku adalah bahagiaku...,..

Category:

2 comments:

Anonymous said...

Puisi umpama cermin diri.

kedai buku perintis said...

cermin juga pelbagai.....rupa dan terbalekkan imegnya,,,

Post a Comment