selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

SAJAK BALAS SEKALUNG BICARA

SEKALUNG :
Saat bertemu orang yang benar-benar engkau kasihi
haruslah berusaha memperoleh kesempatan untuk bersamanya
seumur hidupmu,
kerana ketika dia telah pergi
segalanya telah terlambat
saat bertemu teman yang dapat dipercayai
rukunlah bersamanya.
kerana seumur hidup manusia
teman sejati tidak mudah ditemukan
ZEZA :
saat bertemu dia yang aku kasihi
kesempatan bersamanya seperti deru angin
dan aku kehilangan hidupnya
kerana takdirnya dia tidak tertulis
dalam suratanku
saat ku ceritakan larahati
pada teman sekongsi
seiring ku hulurkan rukun persahabatan
dan dinodai atas kepercayaan
dan aku juga kehilangan teman sejati
SEKALUNG:
Saat bertemu penolongmu
ingat untuk bersyukur padanya
kerana dialah yang mengubah hidupmu
saat bertemu orang yang pernah engkau cintai
ingatlah dengan tersenyum untuk berterima kasih
kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti
tentang kasih.
ZEZA:
saat dia pernah aku cintai
aku terumbang tersesat dilautan
dan memang aku ingin berterima kasih
menolongku lupakan dunia sedar yang bergelora
namun dia juga ciptakan sengsara.....
SEKALUNG:
Saat bertemu orang yang engkau benci
sapalah dengan tersenyum
kerana dialah yang membuatmu
lebih teguh dan kuat
saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu
baik baiklah berbincang dengannya
kerana kalau bukan kerana dia
hari ini engkau tidak memahami dunia ini
ZEZA:
saat itu aku tidak mengharap lagi
bertemu dengan wajah yang mengkhianati
kerana aku tidak mampu berlakun untuk satu senyuman
dan bila ku buang jauh
semua kenangan juga mati
tiada lagi harapan...
SEKALUNG:
Saat bertemu orang yang pernah diam-diam engkau cintai
berkatilah dia,
kerana saat engkau mencintai dia
bukankah berharap dia akan bahagia
saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkan mu
berterima kasihlah kerana dia pernah ada dalam hidupmu
kerana dia adalah sebahagian dari nostalgiamu
ZEZA:
saat aku diam mencintainya
sebenarnya dia tidak perlu tahu
,dan kerana cinta
aku iklaskan sekalung doa
dan saat dia menghilang diri
pasti dia akan datang lagi
untuk mengutip kenangan
cinta bukan ukuran kemenangan


sekalung bicara...saya sekadar mengeratkan....

Category:

1 comments:

C L J said...

Saat aku memerhati teliti
cinta digarap tinta murni
rupanya dalam tidak sedar
aku juga ikut mempelajari
erti murninya cinta suci
memberi sejilid erti
pada lohornya ikhlas hati
membawa tenang melaut budi

Post a Comment