selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

terima kasih unttuk seorang teman

gunung itu terlalu tinggi untuk aku daki
tiada daya ku bertarung dengan keinginan dan kemampuan
tiada langkah yang mengarah aku kesana
dan aku cuma sendirian yang risaukan kesesatan
berdiriku disini hanya harapan yang tiada
seakan semangat ku juga hilang dimana
berkali dia memberi ku kata
jangan berhenti dari apa yang kita juangkan
majulah pemikiran kedepan biar dimulai dengan angan angan
dan aku teringat pesan seorang teman...............

Tunggul tua itu
sudah lama ia menjadi tunggul
teras sahaja masih bertahan kerasnya
bubalnya sudah lama mereput dan runtuh
menjadi debu membajai tanaman dan tumbuhan
namun tetap jua setia ia tegak berdiri pada tapaknya
disitulah tempat ia menugal akar menegakkan batang
mendirikan pokok bercabang berdahan
mengembang cabang memecah ranting
menyubur dedaun menghulur pucuk
mengembang kelopak bunga
mengeram beneh
mematang biji buah
buat menyambung zuriat
masih tetap setia begitu jua ia
kerana demikian adalah amanah
tidak mungkin dibiarkan lalai alpa
menyambung baka penerus zuriat
tetap jua ia tegap tegak begitu di situ
sidik memikul amanah tabligh fatonah




salam tuan clj.saya cpy dan pastekan disini tanpa izin tuan.untuk dihayati bersama dengan rakan rakan saya disini.pohon maaf...dari saya


Category:

3 comments:

C L J said...

Apabila mati seorang insan maka terputuslah ibadatnya melainkan 3 perkara:
1. Sedekah jariah.
2. Anak yang soleh yang sentiasa berdo untuk kesejahteraan ibu bapanya.
3. Ilmu yang berguna selagi ia masih terus memberi manfaat kepada manusia dan kemanusiaan.
Maka kalau ada seguris sekata dari hamba yang dirasakan sebagai berguna dan layak untuk dikongsikan maka bersyukurlah hamba. Selain berbesar hati di atas adanya pengiktirafan itu.
Silakanlah... semuga ia menjadi jariah bagi kita bersama.
Inshaallah.

Anonymous said...

Salam.Banyak idea sekarang?

kedai buku perintis said...

kadang rezeki yang melimpah kita tak tau bila dan dimana.....sekadar idea..apalah sangat...tq mengikuti sajak2 saya dan sama2 memeberi manafaatnya

Post a Comment