selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

aku dan keakuanku


yang kamu nampak aku
seorang yang biasa mengutip daun daun kering
mengumpulkan dan aku bakari menjadi abu
menjadi baja pada benih benih muda
dengan segala daya usaha aku cuba juga
menjadikan diriku pada matamu seorang yang berjuang
seorang yang mempunyai perasaan
seorang yang tahu membezakan antara luka dan dilukai
seorang yang ingin jadi jaguh dalam bercinta
untuk selamanya
namun disebalek keakuanku
termenteri hebat perasaan cinta untuk sesiapa
yang tahu menilaiku untuk selama hidupnya
yang tahu menilai antara melukai dan dan menhargai
yang aku abadikan antara cinta dan perjuangan
yang tanpanya matilah keiklasan
cinta adalah keupayaan untuk bernafas
dan perjuangan menjadi lebih bebas
mengatur percaturan hidup yang lebih selesa
untuk diri ,generasi dan anakbangsa
mendidik mengenal cinta dari mulanya
bukan sekadar bercinta dengan mainan kasih sayang
cinta yang abadi pada yang esa..
aku dan keakuan
dari zahir dan batinku....


p/s gambar ini bukan aku tapi keakuanku ada dalam aku....

Category:

4 comments:

C L J said...

Dalam kehidupan
serba mudah dan selesa kini
istilah perjuangan dalam kamus
sudahlah diterjemahkan semula
dengan merujuk kepada
betapa lebarnya akaun di bank
betapa tebalnya tersusun skrip saham
dan betapa tingginya menara dimiliki
demikian ukuran kejayaan perjuangan
ramailah manusia bekerja untuknya
keraslah kerjanya meningkatkan gaji
untuk senang makan pakainya
demikian juga istilah pengorbanan
mengambil pengertian dalam kehidupan
tidaklah ku sangkakan
masih lagi ada manusia
masih lagi mengekalkan
pengertian dahulu terhadap makna
perjuangan dan pengorbanan
tidak terpisah menjadi asing
kerana yang ketemu pada ku cuma
seorang disana seorang dilain lagi
sehingga terbayang juga betapa
kalau semua kalian
dapat berkumpul menjadi satu pasukan
menjana satu gerakan
tak dapat ku bayangkan betapa
gemilangnya masa depan
untuk generasi akan datang.

kedai buku perintis said...

adab org melayu dalam membangunkan ekonomi bersama adalah seperti memanjat dunung yang amat berliku....yang sampai dipuncak pun hanya seorang seorang.susah sangat untuk bersatu,apatah dalam juang membantu.kenapa kita tidak jadi seperti org asing itu....sedia membantu yang lain...

Anonymous said...

Salam.Kamu adalah kamu yang semestinya bukan orang lain.

kedai buku perintis said...

anon 2,54pm
kamu lengkap dengan kekamuanmu sedari dulu....

Post a Comment