baju melayu warna biru
ku jahitkan untuk suamiku
dua tangan ukuran bersama
dua kocek besar dibawah
satu kocek kecil diatas
dua pesak dan sekemas jahitan leher teluk belanga
bersamanya aku sertai nota...
abang,
makna sehelai baju ini
kurung johor kerana asalmu disana
dua tangan adalah kesabaran dan ketabahan
dua kocek besar dibawah adalah limpahan rezeki dan kesihatan
satu kocek diatas adalah jiwadan airmataku
dua pesak adalah keselesaan dan kebebasanmu
dan kemasan dileher adalah ketenanganmu
adakah pemberian ini
ukuran layakku untuk bersemi dihatimu
atau aku cuma dilihat sebagai penyudah sehelai baju...
selamat datang
KEDAI BUKU PERINTIS
PUTRA PERDANA
layakkah aku
By kedai buku perintis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Rupanya
tiada kata tercatat
masih sebuah sajak
apakala tajuknya
sudah terguris.
hmmmm masih dalam pembikinan.apapun layakkah aku ....
alangkah......saya teringat sewaktu kecil bila mak yang menjahitkan baju melayu teluk belanga untuk hari raya..hmmmmm
kepuasan penjahit dan kenangan sipemakainya.sukar diungkapkan dengan kata kata.......
Post a Comment