selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

masa ini jam 2.22 pagi

aku lupa hari ini hari apa.dan esok juga ,malas juga aku mencari jawabannya
apapun esok akan datang dan pergi
membawa kabar gembira atau berduka
atau esok lah kenangannya sampai bila bila
malas aku fikirkan qada yang tersembunyi
aku seperti kertas yang tercela yang ditiup angin
tiada siapa peduli.tiada siapa siapa
mana bulan.bintang....semuanya tiada lagi
tiada ada apa makna yang mencari bukti
tiada apa yang ingin disaksikan
tiada perjanjian
segalanya sunyi
kosong.dan kekosongan
ahhhhhhh
aku sebenarnya terlalu rindu
aku sebenarnya terlalu sunyi
aku sebenarnya ........
adalah dia..yang merindui dia yang lain...

Category:

2 comments:

C L J said...

Rindu benar hamba
pada kehidupan 1960an
manusia miskin harta benda
kaya budi
halus bahasa
lohor hati
harmonis budaya

Ingin sekali mendayung
mudik sungai masa
merentasi waktu
kembali kezaman dahulu

zeza said...

cabaran kita ialah merentasi masa kini dengan kehilangan masa yang lepas.masa yang tak mungkin kita pegang lagi malah berlalu dengan begitu angkuh.

Post a Comment