selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

didinding itu....


bersandarku
pada dinding batu itu
seperti menunggu
tetapi tiada siapa yang lalu
melihat saja
coretan coretan didinding itu
terconteng luka hati seorang penunggu
jam 3,30 petang janji
pulang 6.30 petang seorang diri
ada calar calar hampa dan merajuk diri
aku tepuk tepuk dinding itu
tak berbunyi,
cuma gema yang mengeji
seolah berkata.
aku dinding batu
kamu pula memalu
sakit tanganmu tiada siapa yang peduli
jauhkan kamu dari dinding ini
didepan sana
ada arus sungai.
ikutlah arus itu kemuara
belajarlah mencari
sesuatu yang telah berlaku....

dinding itu telah aku tinggalkan
sakit tanganku juga telah hilang
.................


Category:

5 comments:

Bingai @ Bangang said...

Terima kasih kerana menjadi followers di blog saya. Blog anda telah disenaraikan di dalam bloglist Follower 1 di blog saya.

semoga Allah memberikan perlindungan kepada mereka-mereka yang bercakap benar dan memberikan kesedaran kepada mereka yang bersubahat dengan kemungkaran.

Aku Yang Bingai
PRK DUN Galas - Siapa Menghina Siapa Terhina

zeza said...

salam bingai /banggang

tak sampai hati nak sebut nick name sdr...patut tukar cerdek dan pandai....

terima kasih ,berbanyak kasih atas kesudian sdr listkan blog yang tak seberapa ini...muga tujuan asas kita diperhatikan.....

melayurayadaily said...

Terima kasih zeza. Salam hormat dari saya.

zeza said...

treima kasih kembali....sdr mrd.juga salam....dr sy

cagaralam said...

sdr zeza sukacita jika dapat dilinkan dalam blog puan http://cagaralamaya.blogspot.com terima kasih.

Post a Comment