berderetan berturutan pasrah tanpa diarah
tanpa menoleh dengan harapan yang tidak disimpan
cetek akal atau patuh hang tuah
tertulis bagai hamba yang setia pada ketuanan
dan deretan yang tidak pernah putus
dek setia pada murahnya rezeki
dihujung perjalanan untuk sang permaisuri
rajanya yang leka dengan dayang dayang yang manja
permaisuri cuma menyeka air mata
semut semut berderetan dedepanku
ku lihat mana hujung arahnya
dan kakiku yang mulai semut semut
kugagah berdiri betulkan perjalanan darah
antara kasihan atau marah
ditanganku adalah nyawa mereka
ingin aku menjadi izrail bagi mereka
lalu bergelimpangan mereka mengelumpur
racun itu adalah peperangan
antara cetek akal atau patuh bodoh
tersurat dek tangan yang berkuasa
aku hari ini adalah pembunuh
antara marah atau demdam bersungguh
kakiku yang semut semut
aku gagahkan cari kekuatan
esok aku belum tahu arahku
belum tahu ....
belum tahu berperang atau diam
diam selamanya...
atau diam bermakna
atau diam adalah jawapannya
selamat datang
KEDAI BUKU PERINTIS
PUTRA PERDANA
semut semut itu.........
By kedai buku perintis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
luluh hati itu kerana kecewa
jatuh bangun itu hidup dari kecewa
dan semut beriringan datang membawa kekuatan
kerana tersurat adanya semut didalam al quran
ia tanda makhluk yang indah
biarkan semut menjadi khabar gembira
asal berbayar penat lelah
takkan patah dibunuh usia
takkan hilang dibuai akhir nafas
semut dan semut semut adalah tanda kekuatan dan keletihan....
Salam.Semut dan semut semut adalah dua semut yg berbeza
Post a Comment