selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

pantun teka teki


( 1)
gadis ayu berhati duka
duduk dibawah pohon berangan
cubalah jawab cubalah teka
makin diisi makin ringan

(2)
ditepi pantai mengutip ketam
kutip bersama anak pak alang
haiwan apa berdarah hitam
hanya mempunyai satu tulang
(3)
tabah hadapi segala ranjau
walau menderita penyakit barah
masa kecil berbadan hijau
apabila dewasa berbadan merah
_______________________________________________________________________

sebenarnya seronok juga bila berteka teki ni.otak jadi aktif.lakukan aktiviti ini bersama anak anak diwaktu lapang atau dalam kereta....atuk atuk pun boleh bermain minda dengan cucu cucu
.supaya cucu masa depan masih kenal budaya memantun ini...
kalau nak marah nenek pun boleh disindirkan melalui teka teki ni....contohnya..

kopi pahit ditelan juga
cicah dengan roti benggali
wahai neneknya apa punya bala
jarum aku minta benang kau bagi.(tolong balas dlm bentuk pantun juga)

nota ; kalau nak komen tolong dalam bentuk pantun dan jawab tekateki diatas....1,2,3,
kalau betul....sy belanja....heheheheh



Category:

2 comments:

Anonymous said...

Anak cina didalam kebun.
Jawapan untuk teka teki no 1 semestinya belon

kedai buku perintis said...

makan aiskrim potong
jawapan 2 ialah sotong.


hujan reda tapi redup
jawapan 3 cili hidup..

sy tanya saya jawap....huhuhu

Post a Comment