selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

percaya pada ku


perempuan 1

rahsiamu.yang membekas luka dihatinya
yang memulakan dan menakhirkan keputusan
jatuh pada kesayuanku,tempatnya mengadu
seketika dan selamanya
ku pegang erat dan ku simpan untuk tidak diketahui
sesiapa.dan aku engkau boleh percaya
selagi suratmu tidak dibaca.dan aku dipercayainya
membonkar kandungannya

perempuan 11

engkau mungkin yang pertama atau dikeduakan setelah hadirnya
aku faham lukamu.dalam kamu bersembunyi
dan terbakar kala disambar api cemburumu
dan ada masa amarahmu melewati waktu
aku faham dirimu yang senada denganku
dan ku simpan diam diam selagi ia namanya perjanjian

perempuan 111

mungkin aku dan dia juga dia
ku simpan diri sendiri antara percayakan kamu
rahsia aib sesama agar ianya hilang begitu sahaja
percaya padaku selagi aku tidak kaku
ku bawa bersama cerita kau dan aku
disemadikan dalam ruang ingatan keliang lahad

lelaki 1
kamu menang dalam kekalahan antara waktu
menangmu adalah hakikat kalahmu tersirat
dan kamu tetap ada pilihan
antara mereka yang kamu simpan rahsianya

Category:

0 comments:

Post a Comment