selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

tidak mungkin ia semata angan

tidak tahu bila aku suka ayat ayat pelik.bahasa bunga bunga.tulis satu muka belum jumpa isinya lagi.penuh dengan taman.begitulah seseorang meluahkan "balasan surat aku yang dia tidak faham"


bahasa aku diacuankan oleh persekitran.Sawah sawah,mentari yang muncul dan hilang ..Angin petang yang bertiup kencang.burung burung.kesusahan dan kesepian.Semuanya ini menhasut minda aku menyukai ayat ayat pelik.

Aku mula mengumpul majalah dewan sastera.Pasti aku beli setiap bulan.Bahasanya mempengaruhi aku auntuk menulis.dan balasan surat yang aku terima ada yang meminta supaya aku hidup dalam alam sedar.Jangan berkhayal dengan ayat ayat pelik.

Aku mula menulis sajak sajak untuk dihantar kesiaran Radio.Dan setiap petang bila karyaku dibaca.aku menjerit bangga pada alam sekitar.semangat penyuntik ialah RM15.oo.Jumlah itu besar untuk gadis miskin macam aku.

Disekolah aku mempertaruhkan kebolehan menulis cerpen cerpen.Aku pernah mendapat tempat pertama.Bangganya aku.Dan entah kenapa dan apa sebabnya....ianya terhenti begitu sahaja.

Namun minat menulis sentiasa berbunga bunga.berdaun segarTapi mesin type writter telah ku jual kerana kesempitan kehendak peribadi.Aku pendamkan begitu sahaja..dan melupakannya.
sehingga kesaat ini aku masih gagal menulis satu bukupun walaupun aku berpeluang menulis malah diberi arah jalan kesitu...

Tak mungkin suatu hari aku akan tinggalkan minat ini begitu shaja..aku pasti akan dapat membuktikannya..tunggulah kemunculannya ...Bertajuk RAHSIA DIA......

Category:

2 comments:

shafeeqa farhaana said...

wahh,aunty ade bakat mengarang lahh. hebat hebat:D

kedai buku perintis said...

feeka awak pun pandai juga menulis.ini sekadar tulisan saja.tak lebih dri itu

Post a Comment