selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

sebenarnya nak perli enko jerk

entri ini adalah siri siri kejahatan hati aku.


1)tak tau siapa yang aku maksudkan.namun yang punya terasa lebih atau terkunyah cili padi tu minta ampun datuk nenek Hari ini .engkau datang dengan haruman bunga taik ayam.nampak je cantek tapi memek muka lebih maknanya kepada hati yang busuk.namun aku tetap bagi senyum buat buat.senyum tak iklas.sebab aku lebih percaya kalau aku senyum muka aku terawet 60 kali dari sekali tarik muka masam.(.Info ini aku dapat dari majallah.)maka aku tidak mahu dilihat sebagai nenek kebayan selagi belum tiba masanya.masalahnya engko tu apa.tahunya berdengki sesama manusia.Hello.manusia....selagi kita mahkluk tuhan.kita tidak boleh nak bagi markah kepada kerja amal seseorang.biar malaikat buat kerja dia.kalau aku pakai baju apa jeniske.adakah aku ni telanjang.adakah aku ni menayang nayang kat ko.tak ada kan.engko pun bukan sponsor baju kat aku.aku nak beli kat pasar malam ke apa kau kisah.aku tolong orang kita majukan perniagaan dia,.

2)ko kata aku tak jaga maruah.tak tahu menilai harga standart dengan orang lain.aku macam orang kampung yang baru terlepas sesat kat bandar.tercanggak canggak melihat bangunan tinggi.hoi sayang.ada aku kisah?aku sakitkan hati ko ke.aku tak bayar hutang ko ke.setahu aku nak berutang dengan ko pun tak teringin.aku hidup aman damai tanpa hutang.mana ko tahu.yang ko memperabihkan duit kat shopping shopping dikira bagus sangat la.tiap tiap bulan bergaya dengan baju baru tu untuk sapa.tapi dirumah tshirt free laki ko juga rembat pakai.siap ada perfum bawang lagi.....

3)ni lagi satu.yang ko nak ambik tau laki aku pi mana.,buat apa,aku pun tak ada soal jawab nak tanya dia pi mana.itu rumah dia.pandai pandailah dia nak balek.kalau dalam masa 24 jam dia tak balek report polis.kes hilang.kan senang.buat apa ko nak risaukan aku dia cari betina lain...jangan jangan kolah betina tu tak?itu hak kejahatan dia,kalau dia nak.dia buatlah.hidup ni kan ada hukum karma dia.ada undang undang...

4)ni satu aku nak marah.yang ko sibuk aku tak pakai barang mas kenapa?"kerja penat penat tapi barang mas pun tak terbeli"hoi makcik!aku bukan macam ko.barang mas tu macam tutup aurat ko.otak mami jarum betul kah ko.Setakat nak beratkan tangan berkilo2 dengan barang emas ni ,tak payahlah.rimas.nak buat keje umah pun siksa apatah lagi dengan bunyi berlaga laga tu,macam gelang hindu kawin.engko bolehla.lagak mak datin.tapi semua kena sponsor.aku cari makan sendiri.tak susahkan sapa sapo....

5)aku balek malam? tu pun engko nak sok sek.aku susahkah engko suruh buka pagar ke?ko tak faham jangan berani cakap belakang.engko kata aku wanita akhir zaman.betullah tu...boleh enko tentukan bila kiamat.kalau esok kiamat harilah akhir zamannya.Aku tak pergi surau dengar ceramah.pun ko kata aku jenis miskin ilmu.Hoi cik kak!pegi tengok dalam kereta aku ada cd apa.nak dengar ceramah boleh dimana saja.janji hati iklas mau tahu dan telinga iklas nak dengar.
ko tu pi surau balek mengumpat pasal orang.....dah tu ajak orang kongsi dosa dengan enko...

6)aku sudah malas.dah dengan ko.hari ni.aku senyum je kat ko.aku pakai gelang hindu sekerat lengan.pakai cincin bersusun jari.pakai baju ala ala mak datin.dan sengaja aku buka tingkap kereta nak bagi enko dengar keset yang aku pasang....oooodah puas hati.....
ko jaga hati dan mulut sudah cukup.....salam akhir zaman...

Category:

0 comments:

Post a Comment