selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

secangkir kopi spyru


susu gantung spyru



baru saja mengemas kini fail dan reset pembelian dari HR marketing.Mengira ngira untung bonos.mengira ngira macamana nak tambah ahli aktif.selama ini aku tak pernah nak tengok akaun bank peribadi tu.petang td pergi atm.cucuk tengok baki......jeng jeng jeng.aku melangkah keluar dengan senyum kambing.sempat lagi bangla penjaga pam minyak bersalam senyum....hati berbunga bunga ceria.

langsung aku bangun dari semangat yang terlingkup sebelum ini.aku mesti mendapatkan arahan hati yang tidak aku endahkan selama ini.Kalau nak buat,buatlah sungguh sungguh.aku buat sekadar suka suka.dan faham sendiri akan hasilnya.

sambil menemankan anak belajar.aku menikmati kelazatan kopi spru.Malah nikmatnya juga menyelinap keurat urat mata.mata aku masih segar seperti bangun pagi.esok adakah sesegar ini.Aku dapat rasakan hidup dalam situasi JAM ROSAK agak meletihkan.org tidur aku berjaga.org bekerja aku tidur.org bermimpi aku menyanyi....gitulah keadaan jam rosak.malah malangnya anak aku juga melihat jam yang rosak ini.malam yang sunyi.dingin adalah masa untuk belajar.lalu teringat satu pertanyaan "yb" kenapa bil api tinggi.aku tak perlu jawab.diam lebih tepat.pertanyaan itu boleh bertukar kepada angin nano....ada masa jiran aku menegur.kenapa rumah gelap je..semasa bertembung menyidai kain....aku hanya mampu senyum senyum kambing.cost down.

aku diterjah satu peringatan.bersungguh sungguhlah.dalam apa jua tindakan.masa berlari deras tanpa sempat menoleh kenangannya....aku mencari kelemahan aku.semuanya berpunca dari jam yang rosak.melanggar hukum alam dan fitrah ketentuan.adakah aku boleh berpuas hati hanya sekadar menikmati secangkir kopi spru yang sementara itu.

Category:

2 comments:

Anonymous said...

kopi spru campur susu kambing fuh sodap :-)

Anonymous said...

lagi sodap kalau orang belanja minum kopi free kan huhu

Post a Comment