selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Diary semalam


7 .10 pagi: Masa yang tepat untuk bergerak kesekolah.Jalan utama sudah berbaris dengan kereta.Apatah lagi jalan yang sedang dinaik tarafkan.Perjalanan 3km hanya mengambil masa 6 minit.Tapi kalau terlewat 10 minit,untuk sampai kesekolah ialah 20 min.Gara gara jem.


7.30 pg:Dari sekolah terus meluncur kePuchong yang mengambil masa 20 minit.Dengan kelajuan yang sopan.Dan 10 traffic light.

8.00 pg: sampai dikedai .Keadaan masih lagi sunyi sepi.Masih dalam kereta.melayan farah fafau.Hot fm.Sambil sambil tu tacap bedak dimuka.Seperti biasa langkah kaki melangkah kewarung nasi lemak.Memang menjadi kegilaan pelanggan disitu.Aroma masakannya membuat urat perut terasa berpulas.Biasanya sekadar meninjau ninjau menu makanan disitu.walaupun itulah menunya seharian.Namun azam untuk tidak menjamah nasi masih kuat mencengkam iman.Hanya membeli 3 ketul apam gebu.Seterusnya kedai dibuka.Menyusun surat kabar.meninjau setiap lorong rak.Melihat barang yang kurang..kadang kadang terjumpa barang yang disorokkan untuk memudahkan rancangan mencuri.Selalunya mainan.

9.00 pagi.Staff sudah muncul diri.Nampak berpeluh diwajah kerana tergesa barangkali.Mungkin sudah ternampak kereta "boss" didepan kedai.Sperti biasa boss mengusung bag laptop kesudut hujung.Masukkan data sale.tengok statement bank.buka face book.dan meninjau tajuk tajuk baru dalam blog blog.Dalam waktu yang sama meninjau dan membantu staff sekiranya ramai pelanggan.Diawal pagi kecepatan masa amat diutamakan.Masing masing dengan kesibukan sendiri.

1.45 tghari: Pulang keshahalam semula ,menjemput anak dari sekolah.Kalau tak sempat masak singgah dulu direstaurant.
3:ooptg; berehat sekejap,dan mengambil mood sebagai bibik.

8.00 mlm:blogging.santai dengan anak anak.skype dengan anak yang jauh.Kalau ada keperluan
pergi kekedai semula sehingga tutp kedai.Biasanya waktu malam ramai pelanggan.Seronok juga bila dapat berjimpa pelanggan setia ni...
..........................................................
10.00 blogging....(sambil basuh baju)
12.tgh mlam....blogging dalam mimpi....

.................................................
Pagi ini staff menegur"kenapa mata bengkak"
.......tiada jawapan...

kbp...
hidup yang tiada simpanan duka,bukan penanda ketawa keakhirnya.




Category:

0 comments:

Post a Comment