selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

saya sayang dia...



kenapa ?
Siapa?

Biarpun kawan saya sendiri mengelarkan dia pengkhianat bangsa melayu.dan dengan jolokan nama yang teruk.namun saya tetap memihak kepada dia.

Tidak dinafikan gelora peralehan kepercayaan agak goyang disebab tragedi "pertualang Negara" suatu masa dulu.Sehingga ia berjaya menanam rasa benci dihati.

Akhirnya demi masa dan keadilan terserlah juga kebenaran dan saya dengan hati yang diam memohon maaf atas prasangka itu.

Saya adalah anak yatim sedari kecil.Ibu saya terpaksa mengambil aleh menjaga saya dan empat adek beradek lainya.Saya teringat disuatu waktu dulu,Emak saya membawa saya keklinik yang dikenali sebagai"MAHA KLINIK" berhampiran pekan rabu di Alor Setar.
Ibu saya seorang balu dengan anak anak yang kecil.mendapat perhatian istimewa dari DR MAHAZIR yang merawat saya waktu itu.

Dia tidak pernah mengambil sebarang bayaran untuk setiap kali mendapatkan rawatan dikliniknya.Seringkali emak mendodoikan kebaikannya pada rakan rakan dan saya hanya mendengar namaDR MAHAZIR berulangkali.Sejak dari itu setiap pilihan raya emak tidak pernah ketinggalan mengundi.Sayangnya pada Dr Mahazir sering dicanangkan kepada sesiapapun.

Sehinggalah suatu hari emak telah berpindah disatu tempat pengajian yang dikenali "pondok"
oleh orang orang kampung disitu.Saya merasa
kan tempat itu amat sesuai kerana emak tinggal bersedirian.Saya harap hidup emak lebih teratur dengan jadual keagamaan dan kawan kawan yang sebaya.

Namun emak sebenarnya tidak gembira.Rata rata penghuni pondok memulau emak.kerana emak tidak menyokong parti pas.Untuk tidak mengeruhkan keadaan emak mulai mengikuti jemaah kesiri siri ceramah yang dianjurkan.Setiap ceramah yang dianjurkan seakan satu kemestian untuk mereka menghadiri.

Emak mula merungut kerana terpaksa mengeluarkan belanja derma juga kos yang lainnya.Setiap mereka mesti membayar tambang/atau duit minyak kelokasi ceramah tersebut.
Bayangkan kalau seminggu tiga kali ceramah diadakan.Saya rasa kesian dengan emak dan rakan rakannya yang terpaksa mengikuti,walaupun sepatutnya mereka perlu berehat dikediaman masing masing.Yelah mereka bukanya bertenaga sangat.

Emak juga menceritakan bahawa peruntukan kerajaan untuk "pengajian pondok telah dimanupulasikan.Bantuan banjir dan pemberian lot rumah akibat kebakaran langsung tidak diumumkan langsung.Malah puak puak ini yang mengambil kesempatan atas golongan yang tidak berdaya ini.

Suatu hari dalam satu majlis makan,saya berkesempatan duduk semeja dengan TUN dan Isterinya.Walaupun saya agak janggal namun mereka menegur saya dengan baik sekali.Saya teringat emak saya dan ingin sekali berterima kasih.namun saya tak dapat nak menyuarakan.
Saya kena tahu etika dimeja makan bersama pembesar.




kbp.

Category:

0 comments:

Post a Comment