selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

bukan meminta

Sewaktu aku berusia lima tahun,aku diserahkan kepada aruah nenek untuk dijaga.Satu perkampungan yang masih tebal dengan hutan dara.Nenek mengembala lembu.Atuk menoreh getah disamping guru silat gayung.Waktu pagi aku selalu mengikuti nenek kehutan hutan kebun getah untuk memberi lembu makan.Kadang kadang jauh kedalam hutan.Aku membesar dengan melihat lembu lembu dan orang orang yang berguru dengan aruah Tokwan.Kadang kadang ingin saja aku turut dalam persilatan itu.Namun aku seorang kanak kanak yang tidak faham apa apa.

Aruah tokwan menghantar aku kesekolah dengan basikal tua.Bila difikirkan memang jarak itu terlalu jauh.Namun tidak lama aku ditukarkan kesekolah yang lain setelah aku dijaga semula oleh emak.Terlalu kecil untuk memahami situasi kenapa dan mengapa.Yang pasti aku berkumpul kembali bersama empat saudara lelaki.Tiga abang dan seorang adek lelaki.Kehidupan kanak kanak riang beraleh dari pandangan hutan ke sawah padi.

Emak hari hari pergi kesawah.Jangan tanya dimana seorang ayah berada ketika itu.Aku tidak faham apa apa tentang ayah.Wajah ayahpun tidak ku ingat sepenuhnya.Hanya mengetahui dari kacamata orang yang mengenali suami emak .Emak bangun seawal pagi membuat kueh muih untuk dijual kepada mamak yang menjajanya dengan basikal.Aku tak ingat bila emak berehat atau mengambil tahu apa apa.Kehidupan aku amat menyeronokkan dengan memanjat pokok.bermain masak masak.dan bermandi manda disungai.Aku menikmati sepenuhnya zaman kanak kanak dengan persekitarannya.

Aku mengetahui ayah meninggal sewaktu aku berusia lapan tahun.Kali terakhir melihat emak mengelap darah yang mengalir keluar dari hidung ayah.Aku tidak ade perasaan ketika itu.Hanya sekadar melihat.Ayah meninggal kerana lemas.Dan ayah meninggal dirumah nenekku sebelah ayah.Aku tidak pernah bertanya emak kenapa ayah tidak tinggal dengan emak .Mungkin sebab itu aku tidak rapat dengan ayah.

Rutin kehidupan emak.kesawah,dan menjual kueh.Dengan itu emak dapat menyekolahkan kami semua.Pun aku juga tidak pernah mengambil tahu bagaimana emak dapat menyara kami secukupnya.Kehidupan emak terlalu sukar waktu itu.Bukan disebabkan emak tidak mempunyai harta,namun perebutan harta membuat hidup emak sentisa dalam kemurungan.Namun emak tetap bersemangat.Anak anaknya adalah segalanya.

Status aku anak yatim.Disekolah aku mendapat biasiswa dan makanan percuma.Susu percuma.Namun aku tidak merasa apa apa kekurangan pun.Mungkin aku tidak memikirkannya sangat.Emak memang seorang yang gigih bekerja disamping mencari wang sampingan.Hasil jimat cermat emak akhirnya emak berjaya membeli beberapa ekar tanah sawah.Sehingga kini aku amat berbangga dengan emak.

Aku sudah terbiasa dengan kehidupan yang susah dan mengamalkan menabung sedari kecil lagi.Aku amat jarang meminta keperluan lain dari emak kerana kesiankan emak yang menjual kueh setiap hari.Namun aku teringat suatu hari emak membawa aku kebandar dan membeli baju baru untuk dipakai pada hari raya.bagaimana tidak sabarnya untuk menunggu ketibaan hari raya dan aku akan beraya sepuasnya.

Segalanya masih tertayang dalam ingatan.Aku melalui kehidupan beroda dan aku menjadikan emak idola dan semangat.Alhamdulillah aku mengecapi apa yang dikatakan hasil
dari apa yang tempuhi selama ini.Shukur kehadrat ilahi dan sampai lah waktunya aku melihat kedudukan aku yang dulu bila berdepan dengan mereka yang menjadi menjadi anak yatim.

Category:

0 comments:

Post a Comment