selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Jawapan dari yang KECEWA


Jam 2.11 pagi.Belum tidur selewat begini.kepala saya berat.nafas juga berat.Bertahan tahan saya menarik dari dalam.Saya tekan dada dan mengurut perlahan.Saya menyedari sesuatu bergerak gerak dileher saya.Pergerakkan yang sesekali berlaku yang entah dari mana puncanya.Ada kalanya pergerakan berlaku di belakang badan .Saya pernah terbaca tentang tanda tanda kematian seseorang dalam 44 hari sebelum berlaku.Saya cuma tidak mahu memperdulikannya.Ya ia tetap terjadi bila tiba waktunya.

Teringat siang tadi.Saya mengajak seseorang untuk menyertai dalam perhimpunan MEDIA SOSIAL bulan depan.Agak terkejut dengan jawapannya."I tak akan jadi lembu dan tidak mahu dilembukan oleh pemimpin bangsat.Pemimpin yang tidak menjaga melayu.pemimpin yang menjaga koceknya dari kebajikan rakyatnya.I sudah lama menyertai dalam politik dan apa yang dapat.Lebih baik i kerja dari buang masa untuk mereka.Yang pergi kesana ialah lembu lembu Umno."

saya menyanggah"u silap.kita ada kuasa membuka mata mereka yang pejam selama ini.Inilah masanya kita menunjukkan kuasa kita dengan terbuka.Berdiam diri tidak memberi makna apapun dan hanya membuka ruang untuk bangsa lain memijak kita."
"sebenarnya kita dipijak oleh bangsa kita sendiri."cepat dia memintas.Dia agak emosi ketika meluahkan kata kata ini.Saya terdiam.Saya membiarkan dia meluahkan isihatinya terhadap pemimpin pemimpin sekarang yang membuat orang melayu berpecah belah.siapa yang memulakanya.

saya masih dapat menahan rasa sebal dengan jawapannya.Saya cuba mengingatkan bahawa politik itu sememangnya kotor.Ia tidak dapat lari dari pertembungan minda yang bercelaru dan penguasaan kuasa.Namun adakah kita sebahagian yang turut terpalit dengan kekotoran itu?
Peranan kita kecil tapi jika bersatu ia mampu merebahkan pokok hingga kaakar tunjangnya sekali."

"u baru nak masuk politik.u orang baru dan u tidak tahu bagaimana i sudah lali dengan sikap bangsat pemimpin melayu ini.Nak sedarkan mereka kena jatuhkan mereka.Selagi mereka duduk diatas mereka tidak nampak bagaimana susahnya lembu lembu ini bekerje untuk mereka."dia terus meluahkan .Agak keras,.kasar namun saya cuba tidak menjadikan suasana tegang.

saya membalas ,
"I bukan orang politik.maupun terlibat secara terus atau tidak.Peranan i pun tidak ada.I bukan ahli umno dan tidak mengisi mana mana borang pertubuhan politik.I cuma hanya mahu menyokong apa juga yang boleh membantu kerajaan dalam usaha menjaga ketuanan melayu.Kita sudah berada digarisan kritikal dimana kekalahan setapak memungkinkan kita akan berputeh mata.Lihat bagaimana bangsa asing menggulakan pemikiran orang melayu dengan pemberian itu dan ini serta kata kata manis.sedangkan hati mereka adalah perjuangkan bangsa mereka dalam jangka masa yang panjang.
saya menambah.Pemimpin yang tidak berkualiti kita boleh turunkan.mereka bersilih ganti .namun kiranya bangsa lain menguasai kita,kita akan kehilangan segalanya.Kita akan dikesali oleh generasi kita akhirnya.U anggap i lembu dan yang lainnya.mungkin itu lebih baik ,dari jadi bangsa yang hanya melihat dengan mata puteh suatu hari nanti.
Terlajak perahu boleh diundur.Ia akan menjadi satu sejarah betapa kecewanya mereka yang merasakan pemimpin melayu telah gagal memertabatkan bangsanya sendiri.Saya melihat kekesalannya dari hatinya yang luka.Ia adalah luahan dari seseorang dan mungkin juga wakil dari ramai diantara kita.Dalam diam saya bersetuju bahawa ia bermula dari kudis yang tidak dirawat dari dalam Umno sendiri.Sekarang berada diICU.

Untuk kamu.kiranya terbaca tulisan saya.maafkan saya. Saya amat kecil dan tidak punya apa apa kecuali ia datang dari hati saya sendiri.Biarlah lembu lembu ini berkumpul untuk kali yang terakhir .......

Untuk blogger blogger yang terlibat.Niat kita ganjarannya bukan milek kita hari ini.kerna esok adalah hari anak bangsa kita.Kita pun sudah maklum akan kekecewaan ini ,namun perlukah kita mengheret ia lebih jauh lagi...

sekrang pukul 5.35.....Saya terlelap sekejap tadi....
salam....




"

Category:

3 comments:

Anonymous said...

setuju dengan dia.lembu hanya digunakan bila ada keperluan.apapun kena sembelih.lain hari cari rumput sendiri.orang atas kenyang .

kedai buku perintis said...

kecewa dengan diri sendiri adalah lebih bersifat peribadi.tapi kecewa setelah tidak punya apa apa lagi ibarat nasi sudah hangit.pilihan ditangan kita kerna tidak ada satu pun yang terbaik kecuali yang hampir baik dan boleh dibaiki...

Anonymous said...

Sdr,

Anonymous dan sdr adalah realiti kabilah bangsa kita. Anonymous dan tuan ada hujah masing-masing.
Lagi banyak sdr/anonymous berhujah lagi marak api kebencian dan perpecahan.

Tidak terlerai.

Post a Comment