selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Pertemuan




Pagi ini saya bertemu seseorang di sebuah penerbitan buku terkenal.GRUP BUKU KARANGKRAF.Setelah beberapa kali berjanji untuk berjumpa namun kerana kesibukkan masing masing perjumpaan itu sering tertunda.Akhirnya setelah 3 bulan tertangguh bayaran saya meminta pertemuan itu diadakan ditempat yang paling terdekat.Sebenarnya pejabat nya tidaklah jauh dari kediaman saya.

Saya memfokoskan perbualan kepada pertambahan order ssamada buku atau majalah yang nampak agak kurang dikedai saya.Saya diberi katolog terbaru dan menyatakan persetujuan pada buku buku yang jadi pilihan saya.

Bangunan ini sebenarnya telah diubah suai dan nampaknya begitu selesa sekali.Saya kagum dengan pengarahnya yang begitu menitikberatkan soal soal keagamaan kepada stafnya.Katanya ini menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan pekerjanya tidak melupakan amal ibadat disamping bekerja dengan jujur dan gigih.Saya nampak keterbukaannya dalam soal agama agak menyerlah.

Semua pekerja diwajibkan mengikuti kursus ESQ untuk memperkasakan agama dalam jiwa mereka.Dengan ini mereka akan menjadi pekerja yang tidak culas dan bertanggungjawab.Saya mengangguk faham dan apabila dia berkata pemimpin sebenarnya tahu apa yang lebih utama dibawah pinpinannya.Tidak semestinya mereka perlu menjadi alim ulamak untuk memberi bimbingan.Islam itu mudah.Dan kita jangan memberi alasan susah.

Berbalek pada perbincangan.Saya mempersoalkan "gabungan"satu penerbitan lebih memudahkan untuk mendapatkan pelanggan.Sebenarnya saya agak kecewa bila UTUSAN tidak bersatu dalam penerbitannya.Majallah dan buku buku ilmiah tidak sebumbung dan menyusahkan pihak penjual untuk menjual buku buku mereka.Penjual terpaksa membuka account yang berbeza dan deposit agak mahal.Disebabkan itu saya tidak dapat menjual buku buku keluaran utusan dan majalah dibawah seliaannya.Saya rasa amat rugi bagi penerbitan kerana kerenah pengurusan.membuat mereka hilang pembaca dan penjualan menjadi mendatar.

setelah saya membuat bayaran(cheque)saya memohon untuk balek.Dia menhantar saya sampai kekereta sambil berbual perkara yang santai.Saya bergurau dengan mengatakan yang saya ingin menulis buku dan dihantar kepada penerbitan ini.Dia memberi sokongan dan memberi semangat sekiranya saya ada minat kesitu.Katanya saya sudah ada jalan dan kemudahan tapi kenapa tidak teruskan...

Saya tersenyum sendirian dalam perjalanan.Terlalu banyak harapan pada angan angan saya.dan saya teringat seseorang yang pernah membaca urat di tapak tangan kiri saya..
katanya"awak memang ada cita cita.tapi agak slow untuk mencapainya,dan adamasanya awak abaikan begitu saja"
Bolehkah berubah....?

salam.kbp.

Category:

2 comments:

azahrohaizah said...

kbp.
sudah ada jalan dn kemudahan, ye teruskan
andai kekeringan idea saya dan fre da kan ada!
aharks...
jugak tu tumpang sekaki

kedai buku perintis said...

saya tak pasti freda dapat membantu saya...kamu.ya mungkin...:)

Post a Comment