selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

sebuah WATAK tercipta


turunlah egois dengan kaki menjejak kebumi
lihatlah apa yang terlepas dilangit
hanya awan awan yang mengonggong hitam
pun akan berderai juga membasah kontang
ia adalah WATAK tercipta
antara dua ruang dunia yang fana
kuasa dalam minda dan angan dalam kenyataan
menimbus pusarakan kedamaian
menghuruharakan penyatuan

WATAK yang tercipta
adalah silap mata dan akal ternoda
karana dunia
karana tamaknya
karana maruahnya

watak watak peminta
menutup hati dan akal mereka
yang tidak buta
sanggup bertongkat ,kerana kuasa..

Category:

1 comments:

C L J said...

Hinanya manusia
sanggup segalanya
untuk sedikit laba
padahal ia lupa
laba dirakusnya
adalah bara bara
dari percikan
api neraka.

Post a Comment