selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

bila petang

bila petang
suram didada langit
petanda malam bergilir
petanda hujan menjadi sengit
mencurah luah dada yang perit
menjerit dalam kamar yang indah terukir
ternyata kosong dengan harapan
sunyi menjengah hati yang tertahan

bila petang
guruh meraung
petir menyambar apa saja
kemarahan yang ditunaikan
dalam dada alam

bila petang
dijendela melihat kebasahan
kesejukkan bersilang tangan
jaga yang setia dengan kewajiban

bila petang
aku tertanya
Mana burung sembunyi kicaunya
mana malam labuh tirainya
sunyi
sepi
membilang detik
tik tok tik tok tik tok....



Category:

4 comments:

C L J said...

Siapakah itu
yang selalu
meluncur berkolek
disenja senja hari
diremang remang petang
Bukankah manusia yang hidup
bebas memilih
hari harinya sendiri
Pilihlah hari hari
yang sentiasa akan pagi
dan mentari tidak akan menegak tinggi.

kedai buku perintis said...

clj.thanks....
petang itu ialah usia.

ghost writer said...

penuh rasa puisi petang kamu..

kedai buku perintis said...

Ghost.
Bila pagi hilang mimpi....

Post a Comment