selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Masa ini jam.11.11 mlm .pada tarikh 1.11.11

(ihsan kreativiti photo muhammad mohtar ali alhaj.tq)

Entah mengapa nombor ini bagaikan satu permintaan dalam sempadan kehidupan seharian saya. Bila jam menunjukkan jam 11.11pagi saya tidak lagi bersedia untuk keluar untuk urusan peribadi.Masa ini sudah terlewat bagi saya ,kerana saya harus memikirkan apa yang harus dimasak untuk tengahari nanti.juga saya perlu membereskan urusan rutin rumah tangga.
saya juga harus menamatkan segalanya bila jam 1.11 tghari kerana waktu zohor sudah tiba dan seterusnya keluar sebagai pemandu bas sekolah(; ) )Namun kiranya saya memasak lebih awal dari itu saya juga pastikan ianya harus berhenti sebelum jam 11pagi.

Saya juga selalu memerhatikan jam 11.11 mlm,harus berada dalam perjalanan untuk balek kerumah.Dan tidak lewat sebelum pukul 12.00mlm.Biasanya saya sudah sampai dalam jam 11.lebih.Dan sekiranya saya lewat terlebih dulu saya akan menalifon keluarga saya memberitahu kelewatan saya.Amat jarang sekali saya berada diluar tanpa urusan yang tidak penting.

Hari ini ,saya menyelak dairy dan sudah tertulis NOPAYMENT.,dan juga pada 11.11.11.Entah mengapa saya suka bermain dengan angka ini.Ada seorang supplyer ni sudah membooking nombor yang perlu saya buat pembayaran setiap bulan iaitu pada 8./18 hb.Kata mereka nombor ini ada tuahnya.Tapi saya tidak terlalu percaya pada nombor nombor ini.Pada saya tiada ada bezanya kecuali kalau kita mempercayainya.Percaya itu doa juga...(mungkin).

Mungkin kita perlu tahu dalam satu satu masa, kita ada hari kosong dan masa yang kosong.Mungkin kita tidak menyedari bahawa hari kosong itu membuat jiwa kita rasa resah.pilu ,sayu,terasa terasing dan pelbagai yang negatif lagi.Kalau tidak kuat,mungkin boleh terjurus kepada tekanan perasaan.

hari ini ,jam ini.saya terasa ingin menanggis.tapi tidak tahu kenapa.saya makan bukan kerana lapar.dan minum bukan kerana dahaga.hati menjadi tersedih tanpa tahu dari mana datangnya.Mungkin kerana rindukan anak yang berjauhan ,atau risaukan dia yang belum tiba kerumah.....Saya tidak mahu memikirkan yang bukan bukan.kerana ia hanya menambah beban fikir saya.Harap semuanya ok sebelum 11.11 malam atau selepas 11.11 mlm ini....perlukah saya menalifon atau membuat pesanan sms kepada pemandunya.dan bertanyakan dimana dia berada......?mungkin tidak perlu...

kbp...

Category:

0 comments:

Post a Comment