selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

siapalah aku ini....


Aku mengenali wajah wajah yang aku jumpa.Malah mengecam blog blog mereka.Hanya setakat itu.Aku ingin menegur seseorang yang duduk disebelahku juga didepanku.Didepanku penulis blog politik yang siapa pun boleh kenal.khususnya yang tinggal di Jerantut.dan disebelahku adalah seorang penulis puisi yang aku kagumi bahasa puitisnya.Namun aku menjadi segan bila diingatkan siapalah aku untuk memperkenal diri.Blog peribadi yang tidak berorentasikan mana mana yang khusus.

Perjumpaan media sosial yang pertama kali aku hadiri hanya sekadar mencelah diri dalam orang ramai.Aku tidak bertemu kawan kawan maya yang aku hubungi untuk bersama.Silapnya aku tidak tahu nama sebenar mereka atau nombor telefon.Memang maya sungguh.Aku bernasib baik kerana menyemak senarai penyertaan terlebih dahulu,kerana nama aku memang tidak ada dalam senarai.
Sekali lagi aku menghubungi Admin dan memberikan nama untuk menyertainya.Kalau tidak aku akan mendapat "buah busuk"untuk dikenang sepanjang hayat.

Peranan media sosial hanya berkisar tentang perjuangan senyap tapi berkesan menyumbangkan arus kebangkitan sedar minda rakyat atas nama kebenaran.Menangkis fitnah dan menyatakan kebenaran yang berfakta.Bunyi macam mudah.Semudah dihujung jari menaip.
Namun bukan perkiraan mudah untuk kearah itu.Seperti satu komitmen yang terikat.Yang berjiwa besar akan besarlah semangatnya.Tapi yang merasa kecil dan terumbang ambing hanya
sekadar menjadikan ia satu kenangan MANIS.Pejuang maya yg diiktiraf oleh PM sendiri.
Tertera mesej yang diterima"mereka itu semua adalah pencacai UMMO"Penulis maya yang menyokong umno adalah pencacai umno...Itu tidak benar.Kita ada pilihan sebenarnya meletak nilai harga diri ditahap mana.Semangat yang tidak berbayar lebih mulia disisi Tuhan.Hanya Dia tahu siapa kita dan dimana kita.

Dalam pertemuan dengan blogger dan pegawai setiausaha politik dimeja makan,satu perseolan
ialah kesilapan pemimpin atasan dan bawahan yang gagal menjawab atau lambat, setiap tomahan pembangkang.Sebaleknya blogger yang berhempas pulas menyemburkan peluru.Ini kekalahan yang jelas kerana setiap hasutan sudah mampu membenih kebencian diminda rakyat dan seakan tsunami dalam pemikiran mereka.Lambat menjawab akan meniakan setiap tomahan yang datang dari setiap penjuru.Adakah kita mengharap rakyat semua sudah sedar dan buka mata....Satu kesilapan.

Menulis bukan kerana nama dan nama tidak semestinya melonjak nama anda diatas.Pejuang maya yang bersembunyi disebalek identitinya,bukan penakut dan tidak berani memunculkan diri.tapi lebih baik begitu kerana ia nampak lebih bebas tanpa dikongkong oleh mana mana pihak.Berbanggalah anda kerana anda seorang yang mendapat anugerah"pandai menulis"dari Tuhan dan rezekinya tidak semestinya datang dari apa yang kita harapkan..

sekian .terima kasih.Jadilah blogger yang berhemah kerana pembaca juga terdiri dari yang matang berfikir.matang menilai.
selamat berjaya.

kbp

"sampai disini sahaja,
kata kata yang dibiarkan dalam basah hujan lebat.

Category:

2 comments:

C L J said...

Kelapalak kita perlu menjadi blogger;
Kenapalah kita perlu menjadi penyampai;
Kenapalah kita menjadi ada yang kena disebar;
Kenapalah kita menjadi ada tanggong jawab menyebar;
Kenapalah kita menjadi terpalit dibebanan amanah;
Kenapalah menyampaikan itu menjadi beban amanah;
Kenapalah iman menjadi pelengkap kejadi insan;
Betapakah Islam itu akan terburai tanpa iman;
Mashaallah rumitnya rahsia jadian Ya Tuhan.

kedai buku perintis said...

Rahsia yang kita tidak selidi dan tidak mampu menyelaknya

Post a Comment