selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Cerita dari dia....

Santai. 
Dalam perjalanan Dari Shah Alam kekuala Lumpur hanya mengambil masa  empat puluh minit.Bukan saya yang memandu.Pinjam pemandu suami.sebab saya kurang arif selok belok jalan ke KL apatah lagi Kampung Baru,tempat yang ingin dituju.Sudah beberapa tahun saya tidak kesana.

Saya panggilnya Nawi saja.Umurnya dalam empat puluhan.Lebih muda dari saya.Saya selesa dia memanggil saya Kak dari Puan.Protokolnya memang begitu.Sikap baiknya dan berhemah bukan seperti direka reka.

Sebenarnya tujuan saya kesana ialah menemani anak lelaki bongsu saya juga dua orang rakan sekelasnya ketempat jualan batek untuk folio sejarah dalam peperiksaan PMR tahun ini.Pelajar tahun tiga diwajibkan lulus dalam subjek sejarah dan markah untuk folio sahaja ialah 70%.Bermakna untuk lulus cemerlang memang dalam tangan.

Dalam kereta saya mengariskan perkara perkara penting dan tatacara menebual pemilek butek berkenaan atau penjaganya.Saya memberi beberapa idea untuk menanyakan maklumat maklumat berkenaan batek dari pemerosesannya hingga penjualan ketahap globanisasi.Rakan anak saya memang agak pendiam.Tidak ada suara bertanya atau menyampuk.Saya seperti bercakap seorang diri.Anak saya sendiri sibuk dengan permainan ipotnya..Akhirnya saya memandang keluar tingkap dan memerhatikan permandangan yang kosong.saya cuba mengecam jalan jalan yang dilalui oleh Nawi dan ternyata dia memang arif dengan silok belok jalan kesana.

JALAN RAJA MUDA MUSA.Sudah sampai.Sepanjang masuk kejalan situ saya terpandang deretan kedai yang menjual makanan.Salah satunya ialah NASI LEMAK ANTARABANGSA.Ia terkenal kerana keunikkan nasi lemaknya.Tak tahulah saya bagaimana rasanya.Hanya dari mulut ramai orang sahaja.Agaknya memang betul.Dikedainya begitu ramai pelanggan.Namun saya tidak dapat untuk menyinggahinya lantaran mengejar masa.

Sampai di butik batek.saya memberi peluang untuk anak saya dan rakan rakannya berbual dengan penjaga butik itu.Pemileknya sudah keluar .Namun saya rasa agak kecewa kerana mereka agak pendiam dan malu malu.Apa yang saya ilmukan garis panduan langsung tidak dipakai.Namun penjaga butik faham dan memanggil mereka dan memberi beberapa maklumat sejarah dan info berkenaan batek.Saya memerhatikan dari jauh dan agak kecewa.Saya mulai merasakan mereka adalah anak muda yang hilang tatacara komunikasi yang betul.

Saya mengambil kesempatan meninjau baju baju yang berasaskan batek dari jenis yang berbeza.Saya membelek kemeja sutera batek yang harganya menjangkau limaratus lebih.Tertelan air liur saya mengenangkan pemilek pakaian itu.Pastinya dari kalangan yang hebat hebat.Akhirnya saya membeli tali leher dan kain songket yang kesemuanya dalam empat ratus lebih sahaja.Sehelai batek sarung dan kain pelikat untuk dihadiahkan kepada Nawi.Pemberian alas terima kasih.

 Selesai mengambil beberapa gambar yang penting.saya membelanja mereka dikedai yang berhampiran.Lauknya yang beraneka jenis buat saya lupa daratan.Saya lupa yang saya harus berpantang nasi untuk seminggu demi menjaga kesihatan saya yang mulai merosot akhir akhir ini.Saya lupa bila melihat ulam ulaman.dan memujuk rajuk hati yang sedikit kecewa.Makanlah dan anggaplah ia ubat...

Dalam perjalanan pulang.saya hanya diam mendengarkan cerita cerita Nawi.Pembangunan sejarah yang telah diubah suai dan tidak ada lagi sejarah pada bangunan awal merdeka.Betapa ruginya generasi kemudian yang hanya menjumpai sejarah hanya dalam buku sejarah sahaja.Sedangkan kita wajib mempertahankan ketulinan rekacipta itu sendiri.Contohnya bangunan angkasapuri dan terminal airpot SubangJaya.Ia dirobohkan untuk mencapai matlamat pembangunan era moden.

Saya sempat menyinggahi premis saya seketika untuk urusan menyiapkan tender.Agak letih dan badan mulai rasa tidak selesa. Diluar panas terik namun tanda tanda suram dilangit mulai kelihatan.Cuaca juga tidak menentu.Saya berterima kasih kepada nawi yang menghantar saya dan anak juga rakannya kekampung baru.Pada Nawi dia lebih suka bekerja dari tidak ada kemana mana.Biasanya kalau suami saya tidak kemana dan seharian di pejabat.bermakna Nawi juga tidak berbuat apa apa.Mereka cuma berkumpul dangan sebahagiannya menghabiskan masa dengan berjudi ala main main.Tapi Nawi tetap merasakan ia adalah sesuatu yang tidak wajar untuk seorang islam.

Petangnya saya kembali lagi kekedai untuk menyelesaikan masalah gaji staff saya.Saya mulai rasa tidak selesa dan lemah badan.Seram sejuk dan menandakan ia akan demam. Saya teringat kata kata Nawi.ORANG MELAYU SUKA BERJUDI.Mungkin dia banyak melihat simton itu dari gulungan persekitarannya dan pengalamannya dalam pergaulan dengan rakan rakannya.Saya bersetuju dan sedih kerana bangsa melayu paling suka membuang masa.

Malam.Saya betul betul tidak dapat bertahan.Betul saya demam ...Harap sihat untuk esoknya..insyaallah.

                                                        milek siapakah hadiah ini?

Category:

0 comments:

Post a Comment