selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

cerita hari ini( edisi santai.)

Maaf.gaya bahasa malas(santai)

Plan hari ini.Ahad.29hb.april 2012.ke PWTC.ada pamiran buku.internasional.Sebelom ni dah pergi.alone.kali ni bawa anak pula.Naik LRT dari sri petaling dan turun ke PWTC amat mudah.Tidak payah memandu jauh jauh apatah lagi masih ada jalan jalan di sekitar KL ditutup.Gara gara BERSHIT semalam.

Ramainya manusia.Sesak nafas.Dimana mana langkah kaki bagikan tersekat.PWTC begitulah.sentiasa beragenda dan kagum kerana ia berjaya menarik beribu ribu orang ke pameran itu.Ada yang melepak lepak kepenatan di sudut sudut dinding.Dari sudut positif agak bangga kerana nampak minat membaca dan budaya membeli buku dikalangan orang kita.

Akhirnya saya berpecah dengan anak.Tak larat dah nak ikut mereka.Saya bersempatan menambah kalori dicafe berdekatan.Santai makan minum sorang sorang.Sambil tu saya membelek buku novel yang baru saya beli.

Agak terleka dengan bacaan..tak sedar anak dah sampai.Masa untuk balek.Sebelum itu atas permintaan anak.sempat juga menyantap dipizza hut.Huh kenyang.Saya rasa hari ini saya akan naik dua kilo..
Sebelum balek anak bagi cadangan.untuk shopping di chow kid road.Oklah dah alang alang tiba diKL.lagipun boleh juga beli barang untuk hari guru dan sambutan hari ibu.

Saya pergi ke Bank berdekatan dan mengeluarkan tunai untuk keperluan belian nanti.Jumpa pula kawan baik disana.Dunia ni kecik rupanya..Setelah penat bershopping maka menapaklah saya ke stesyen Lrt semula.Agak setengah km saja.Namun dengan cuaca yang panas.buat daya makin berkurangan.Apatah lagi dengan status "warga Emas ini".Tapi saya rasa dah "reduse"balek  dua kilo.Peluhhhh...

Dalam Lrt saya rasa amat bertuah.Kerana status warga emas yang saya pegang.ramai offer tempat duduk..Saya melayan fikiran.Kita sebenarnya aman.Semua bangsa berkongsi kemudahan yang ada.Malah pendatang yang tak tahu bahasa malaysia pun boleh menumpang sekaki.Apa nak lagi?
Bebas shopping.Bebas cari makan.Malah bebas tanpa diganggu asalkan jangan buat benda salah.jenayah dimana mana pun ada.So kena hati hati..

Saya amat sedih dengan apa yang berlaku semalam.Huru hara sengaja diadakan dan menyusahkan ramai orang ditambah memalukan negara dimata dunia.Ramai peniaga terpaksa tutup kedai.
Satu benda yang saya nak suarakan disini ialah pendemo yang pergi kedataran dan buat huru hara ialah BODOH>BANGGANG>BAHLOL>STUPIQ>..

Kerana itu saya tutup facebook saya kerana benci dengan wall sukahati puak puak penyokong bershit 3.0 yang masuk dalam wall saya.Mereka juga adalah kawan baik saya malah saya menyanyangi mereka.Jadi terbaik jangan sampai terluka dan bersengketa hanya kerana pendapat yang berbeza.Yang sudah" hilang ghairah berkawan "eloklah dikenangan saja.Ada kawan.tapi tak berfungsi.so maknanya apa.....
 
 Sampai rumah jam 5.30 petang.
ok.saya perlu bersiap kekedai pula.Letih jangan cakaplah.Maklumlah zaman 'adventure'dah lama berlalu.yang tinggal hanyalah semangat dan rasa cinta untuk hidup dan menimbus dosa dosa lampau..

orang beli beratus ratus nilai ringgit dan bermacam macam buku,saya beli novel ini saja.Saya nak pastikan apakah betul saya akan tergelak sampai tergolek...kalau tak.penulis ni dikira gagal...heheheeh
Bukan senang menulis.
kbp.
7.16 ptg.

Category:

0 comments:

Post a Comment