selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

disana dan disini

suatu masa balek menjengah emak dikampung.Jiran sebelah rumah emak Timah.umur sebaya ku.Bezanya dia sudah mempunyai dua orang cucu.Anaknya berkahwin muda.Kehidupannya sekadar sederhana sahaja.Suami berpendapatan sekadar cukup makan dan sering berpindah kerja.Ketika terdesak emak menjadi sandaran sementara.

Sebagai jiran.,aku menyinggahi rumahnya sekadar mengambil hati bila dijemput.Dari kemudahan asas dan lengkap dengan Asro.tidak menampakkan suatu yang kurang.Mereka agak santai bermalasan sambil melihat siaran tv.Teringat disini aku tidak ada kesempatan mengikuti apa drama pun malah berita sekalipun.Untungnya mendapat masa begitu.

Tiba tiba suaminya menjengah masuk.Aku mulai tidak selesa kerana itu bukan masa yang sesuai untuk aku berlama.Dia harus melayani suaminya dulu.Aku meminta diri dan masuk semula kerumah emak yang cuma bersebelah hampir bertemu sedinding.Keluarga yang santai bahagia itu rupanya terkepung dengan masalah kewangan.Namun aku tidak nampak mereka berusaha keras kearah itu.

Kerana selalu dicanangkan kemiskinan.maka mereka sering dibantu dalam apa segipun.Dan seperti yang aku lihat mereka mampu menikmati seperti orang kebanyakkan.Alhamdulillah orang kita amat pemurah.

Disini aku terkejar kesana kemari mengendalikan urusan hidup.Tiada masa bersantai mantai.Masa yang ada ialah masa yang dicuri dari rehat dan tidur.Untungnya mereka.Namun aku juga dapat menikmati kesempurnaan hidup dengan cara sendiri.

Teringat Timah bercerita.tentang buruknya kerajaan yang tidak membantu golongan sepertinya.Menindas rakyat bawahan dan macam macam lagi.Aku hanya berdiam diri dan mampu mengatakan.sukurang ada usaha membantu daripada tiada.Saya tidak nampak susah mereka dalam situasi betul betul susah.Mereka hanya ingin hidup senang tanpa perlu bersusah payah.Disini aku melihat mentaliti mereka yang mudah terpengaruh .

Namun tidak pula aku nampak mereka cenderung kepada suruhan agama.Azan dilaungkan sekadar didengar sahaja.Walaupun surau berdekatan ,mereka masih leka dengan siaran diTV.Tapi merekalah yang kuat mengutuk kerjaan yang tidak islamik.Seolah mereka duduk dibawah pemerintahan kafir.Ah ! sakitnya hati aku...

kbp
12.48 tgh malam..

Category:

0 comments:

Post a Comment