selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

gaji minimum hmmmmm

Majikan kecil seperti saya,gaji minimum RM900,memberi satu tekanan juga.apatah lagi dalam situasi business yang turun naik.Namun dari segi positifnya.saya kena berfikir bagaimana mengatasi kos yang makin meninggi disamping menjana pendapatan yang lebih baik.Mungkin mencari pendapatan yang lain tapi yang berkaitan.maknanya saya perlu bersayap untuk mengintai peluang dimana mana.

Tidak dinafikan kenaikan harga pasti berlaku.Supplyer(majoriti DAP) akan mencari alasan,dan ini masa saya bertengkar dgn mereka.Pada saya ia akan jatuh pada level yang sama seperti sekarang.Gaji naik dan diikuti kenaikan barang.Kita dipermainkan oleh kuasa veto ekonomi yang ada dicelah jari jari mereka.

Saya terfikir kalau gaji minimun Rm 900 untuk pekerja.bagaimana pula dengan kelayakkan pendidikan yang mereka terima.Misalnya dengan kelulusan PMR atau sebelumnya.boleh terima gaji sebanyak itu bagaimana dengan SPM dan mereka yang lebih berpengalaman.Tentu tidak adil kalau turut mendapat penyelarasan gaji begitu.Secara rasionalnya mereka Yang lebih berpendidikan tentu akan mendapat gaji yang lebih tinggi dari itu.Masalahnya mampukah ,untuk majikan seperti saya ini.Kalau dengan basic Rm 900 dan dicampur dengan kerja lebih masa pasti akan menjangkau kepada seribu lebih untuk seorang pekerja.

Apa yang saya boleh buat ialah mengurangkan jumlah pekerja dan kurangkan juga masa ot.Dan masa operasi mugkin kena dihadkan.Ini keadaan terdesak untuk seimbangkan kos.Itu belum termasuk caruman KWSP yang agak tinggi bagi peniaga kecil seperti saya.

Saya tidak hairan kalau peniaga gerai makanan (penjaja) akan berfikir banyak kali untuk memulakan perniagaan.Maka menaikkan harga barang atau perhidmatan atau harga makanan adalah pilihan yang ada.

Mungkin pekerja saya marah kerana alasan alasan ini.namun saya juga harus berkira juga dengan kualiti kerja yang diberikan.kerosakkan barang modal  saya.kenaikkan kos yang berpunca dari kecuaian dan sikap acuh tidak acuh melayan pelanggan.Ia turut memberi kesan pada pendapatan saya.

Secara positifnya, melangkah kearah yang lebih berdaya maju.Baik pekerja dan majikan harus ada keseimbangan ,dan bukan setakat membebankan majikan.Rata rata majikan sendiri .berkorban ntuk memastikan pekerjanya menerima gaji bulanan secukupnya..
Namun siapa yang suka bossnya.kalau bukan sebagai sasaran umpatan dan kejian...


kbp,,
my boss call me "boss" sometime ,,,
'pedih'''''u know..

Category:

0 comments:

Post a Comment