selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

Rindu kekawan

Sengketa apa yang menyelubungi
Terputus bagai nadi yang terhenti
hilang kabar berita
hilang nada seloka
hilang jelma maya
hilang teroka sesama
sendiri membawa diri
sendiri membawa sepi
kekawan bagaikan hilang kenal
kekawan bagai batu yang tenggelam dalam arus yang tetap mengalir
terpinggir

Rindu yang sesekali menjengah
meragut pilu hati berkata
"segalanya adalah sementara"
dimana
Frodo baggin
dimana pisau belati
dimana menyegar
dimana yong haryati
apa kabar azam abd rahman
 berani hati mencabar 
lawan dan petualang

hilang cagarawala
hilang rumah kaca
cinta juga jarang dimaya
azah rohaizah sesekali menjelma

sesekali  penyair gunung berdematasi
penuh haru bersalam airmata
kata kata amanat berharga
cuma ditatapi dalam juang yang sengketa

salam kekawan
kita maya tapi hati mencapai raga
terluka jangan ditenung bekasnya
terhiris jangan dicari kenangannya 



kbp.
teruskan semangat perjuangan..
10.32.mlam jumaat..
dimana "dia"berada disaat ini....



Category:

2 comments:

C L J said...

Penyair tua dihujung usia
terperap memaut silanya
di puncak gunung sana
berat sendat nafas dihela
kerana dia belum bersedia
pergi menghadapi perhitongan
kerjanya masih belum selesai
anak cucu berderetan teraba raba
mencari haluan membelek panduan

Penyair tua dihujung usia
masih jua memaut sila
terpegun di puncak gunung
memerhati arah lurah arus di sungai
sedang bergolak memunggah tanah

Penyair tua dihujung usia
masih jua memaut sila
terpegun di puncak gunung
tidak ada lagi upaya meronta
diam sendirian memerhati
bibirnya tetap berkumat kumit
kerana itu sahaja upaya masih ada.

kedai buku perintis said...

clj
terima kasih menyahut seruan.selagi usia diperantaraan .selagi itu budi bersemaian..

Post a Comment