selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

raya 12

Tentang
warna warna tema baju.
senada seirama dengan ceria
bersalaman berciuman dipagi raya
menjamu hidangan dgn ria
namun ia
sekadar melihat pelangi senja
sekadar mengingat sejarah lama
raya 12 akan mengukir sejarah
warna warna kehampaan menghias wajah
Tentang
kueh kueh raya
beratur berbalang menghias meja
tetamu berganti mesra
salam ukwah dan salamsaudara
ceria bercerita
namun ia
adalah kenangan semalam
yang sudah terlukis kelam
tiada lagi senyuman

Tentang
langsir baru yang berganti
lampu lampu bergemerlapan
ternyata ia hanya kegegelapan
sumbu terpadam dibulan yang hilang

Tentang 
Raya 12
Jangan ditanya
Kerana jawapanya
TAK ADA RAYA....

Category:

0 comments:

Post a Comment