aku pernah menanggis
menanggis itu cuma sementara
aku lepaskan perasaan cuma
sedih.kecewa,dan terluka
aku gaul dalam suratan
aku layak mendapatnya
luka terluka dan keterlukaan
ada masa kerana rindu
tidak berjawab angin yang berlalu
menanggis aku mengenang
kamu yang ada tapi tiada
lalu ku pusarakan dengan paksa
apa guna meminta yang tiada upaya
airmata ku siram dengan haruman kasturi
dipusara bernisan tiada
hari ini .aku kembali
menyiram pusara dengan darah
mengalir dalam kenangan
tiada upaya aku mengheret
sarat beban sejarah
tiada lagi untuk esok
warna pelangi suram dimata
menitis titis titis pedih
keulu hati kemuara jiwa
kamu yang mengerti
kamu yang mengetahui
luka itu datang dari kamu
dan kamu selamba berlalu
kbp
7.46
0 comments:
Post a Comment