Resepi Rendang Daging
Bahan-bahan:1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam
Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja.
6 comments:
mmm sedap resepi ini. tapi saya pula akan tambahkan sedikit lagi bahan iaitu rempah ratus tiga serangkai,jintan manis dan biji ketumbar untuk mengharumkan lagi aroma masakan ini.
maaf yer memandai tambah2 bahan...
satu idea untuk saya...teriam kasih.kalau ade resepi rendang tok.perak boleh bg saya....nak cuba
Emm buat rasa terliur nak mkn aje huhuh..
SALAM MENYEGAR...
SDR SENTIASA SEGAR..
RAYA NI DATANG BERAYA KERUMAH SAYA.PASTI JUMPA BENDA NI....PASTI TAK LUPA BEKAL SEKALI....
Salam zeza. saya mmg sentiasa menyegar dan tidak sekali kali melayu.
salam segar.
bila isi borang anak sekolah...part bangsa tu u tulislah....bangsa MENYEGAR...agak agak diterima tak borang tu....
heheheheh..
Post a Comment