selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

cinta dan sayang,rindu dan ingatan.memberi dan menerima

Anonymous Anonymous said...

Kadang2 manusia salah meletakkan maksud utk dimengerti:-
'antara cinta dan syg
'antara menerima dan memberi
'antara rindu dan ingatan

semua manusia punyai rase syg antara yg lain tp sukar meletakkn cinta dimata dan dihati.. fahamilah jiwa itu.. dan kau akan kembali tenang umpama air yg jernih

May 5, 2010 11:53 PM

Anonymous Anonymous said...

ya, mungin sedang menjernihkan air

May 6, 2010 5:52 AM

(maaf,saya tertarik untuk mengulas ungkapan diatas yang mana ia memberi kesan yang mendalam dalam hati saya.saya lebih percaya kasih sayang itu adalah anugerah.kerana ia datang
tanpa kita meminta dan menyedarinya.sukar untuk kita menyayangi seseorang
dengan sengaja.Namun kita harus pandai membatasi perasaan yang datang itu dengan matang.supaya kita tidak menyalahkan satu ungkapan cinta itu buta.

(antara cinta dan sayang)
dulu saya mendambakan cinta.cinta datang dan pergi.cinta monyet dan gorila dan hakikatnya
cinta sesama insan tak pernah kekal.yang kekal ialah kasih sayang yang datangnya dalam
hubungan yang lama.sama sama meyelami takdir kehidupan.ia terjadi dalam hubungan suami isteri atau sahabat .Mungkin juga diam terjadinya disekeliling kita.Pada saya cinta adalah perasaan yang disulami dengan adanya nafsu.ia adalah ungkapan permulaan hilang diantaranya dan bila kita kehilangannya.waktu itu kita baru tersedar.
dan ramai dikalangan kita kecundang kerana ini.

(memberi dan menerima. rindu dan ingatan)
konsep cinta,bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi,kesinambungan ayat diaatas adalah perasaan disusuli oleh kerelaan kedua duanya.
namun rindu lebih jahat dari ingatan.
rindu membuat jiwa lebih merana.manakala ingatan itu lebih kepada doa.maka iklaslah hati kita dalam ingatan dan berdoa disudut hati.kerana ingatan ini ada.maka maka konsep memberi dan menerima itu lebih kepada anugerah kasih dan sayang sesama kita.
hargailah anugerah itu.dan jangan putuskannya.Kerana hanya orang yang menyayangi diri yang akan berdoa untuk kita.dan bersedia membacakan fatihah untuk kita bila kita sudah tiada lagi.
anda seorang yang bertuah.sekiranya ada seorang yang lain mencintai anda diantara kasih dan sayang itu.

(petikan komen ini .saya jumpa dalam blog sdr azam.dalm sajaknya jgn kocakkan air yang tenang,dan maaf sdr azam, saya copy dan paste tanpa minta izin.sekadar terpanggil untuk mengulasnya.

Category:

0 comments:

Post a Comment