selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

JANGAN MARAH MARAH


terpanggil
aku disini
ingin memujuk jiwa amarahmu
memaling muka pada senyumanku
dan lembut jejariku membimbingmu
menyusuri kedamaian lorong kehijauan

nah disini.aku akan berpuisi
dan dengarlah
KAWAN
jangan kau kurung sakit hatimu
tulislah kemarahan diatas sehelai kertas
dah kau alirkan pada arusan air yang mengalir
alam sedang melihat kesedihan mu
menguji ketabahan dan ia namanya iman
lihatlah aku
yang sedia menadah air matamu
dan kita berkongsi cerita yang serupa

KAWAN
jangan kau jadikan segumpal dendam
yang meracuni hatimu.
dan tukarlah dendam itu dengan doa
dan bukalah mata. aku sentiasa ada disisimu
pandanglah padaku,yang sedang
mengutip pena yang terlepas ditangan
dan aku akan berikan kertas
untuk kau rakamkan kemarahan

sekiranya akulah kemarahanmu
rela ku tukar jadi seekor kucing
terkamlah aku.koyakkan dagingku
kerna apa gunanya aku hidup dibenci




nota kaki.
utk..kawanku.yang sedang marah

Category:

5 comments:

SEKALUNG BICARA said...

salam sahabat..

adakalanya kemarahan tidak dpt dibendong..
namun masih boleh dikawal.. cuma nak melepaskan
tekanan dan emosi..

terima kasih teman

engkau memahami dan mengerti.. doa ku juga padamu
semuga engkau bahagia... jangan sedih2 ketawalah walau pun pahit untuk ditelan..

zeza said...

salam sk sahabatku

kematangan dilihat bagaimana kita menhadapi saat kemuncak emosi.gagal kita ketawalah dia...kerna seiring kita hilang kawalan..dia berusaha menjadikan kita hilang pedoman.apapun saya tahu saudaraku ini seorang yang tinggi kesabaran,

salam zeza

menyegar said...

Salam.Semalam i baca harian metro. menarik jugak cerita di muka depannya.

zeza said...

salam menyegar

banyak cerita kat metro tu.
yang mana satu.kalau kisah dua wanita bergusti kat wad tu...saya salahkan lelaki tu seratus peratus
.ini tak diam je.memalukan bangsa menyegar kan kan kan kan...

zeza

menyegar said...

tau pun,Susah kalau tak guna akal kan..

Post a Comment