selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

batu antara tugu

aku melihat kamu sudah menjadi batu
seperti sebuah tugu
dengan tangan mu menadah kaku
matamu tersimpan seribu makna
yang tidak boleh disingkap dengan kata kata
batu yang aku nampak kamu
seperti meminta dihidupkan semula
atau aku salah perkiraan
menjadi batu lebih baik memikul bebanan

ku lihat seseorang datang kepada kamu
mengalung bunga dan letakkan tinta
dan menulis
sekiranya aku mampu
aku juga ingin jadi seperti kamu
biar mereka melihat kita
biar kekal begini saja

ku lihat seseorang yang lain
datang dangan payung dan lilin
dan dia berkata
inilah kehidupan bersama.

Category:

3 comments:

Anonymous said...

Jarang jarang

zeza said...

?????..............

Anonymous said...

???&&&%%%***

Post a Comment