selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

sajak org kedah

awat hang duk merung kat sini
gelisah macam kucin’ nak beranak
ke depan gelisah ke belakang payah
apa hang nak dan cari?

entahlah, aduhai yang bertanya
jalan ini macam ada dua
satu kenangan satu pilihan
terbelenggu serba tak kena

awat jadi lagu ni
pi duk kat bawah pokok sana
rendang dan redup pula
kutiplah daun-daun kerin’
bakaq dan dibawa angin
nah! ambil segelas ayaq’ ini
jangan kocakkan nanti tertumpah
teguklah harapan sekalung bicara
doa pejam mata dan celiklah mata hati

terima kasih atas segalanya
saya umpama penyair yang duduk diantaranya
pengail yang hilang mata pancingnya
pejuang yang hilang kata-kata
sedangkan hati meronta-ronta

Jangan dok susah hati sangat
jangan dok sampai orang lihat
hang mengelap bukan keringat
hang hanya panggil semangat
nah! ambik ni sebagai ubat
rose putih sebagai sahabat
segaq-menyegaq ke liang lahat
dan tumbuh mewangi dalam ruang hati.
~ sy

May 9, 2010 7:41 PM

Category:

2 comments:

menyegar said...

Salam.Awat post sajak ni dua kali no?ada modify ka?

zeza said...

salam yang bertanya.

post ni telah di renovate setelah didapati bahasa kedahnya tak cukup kedah....heheheh
maklumlah dah lama tinggal neg....
terima kasih kerana prihatin
salam zeza

Post a Comment