selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

masak lauk asam pedas johor(atas permintaan seorang adek)



Bahan-bahannya:

4 ketul ikan (tenggiri, mayong, atau ikan merah
3 senduk cili kisar ( cili kering - 2 genggam+ bawang merah - 8 ulas + bawang putih - 5 ulas + halia setengah inci + kunyit hidup 1/2 inci gak + belacan sikit) - Disebabkan kita seisi rumah ala-ala allergic belacan, kita tak gunakan belacan lah
air asam jawa satu mangkuk kecil (ikut suka masam mana awak nak)
Bendi 6 batang (kalau suka banyak, letaklah banyak)
Daun kesum 1 ikat.
garam.
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Mula-mula panaskan minyak. Minyak biar lebih sikit.
2. Masukkan cili kisar tadi. (api biar sederhana supaya cili tak hangit - sat lagi kalau hangit kalu, buat param kat dahi je la cili tu). Tumis hingga wangi dan masak cili tu. Letak air dua mangkuk supaya cili masak lebih lama - baru sedap) - pastikan kuah agak pekat bukan cerui macam air sungai. Nanti asam pedas tak menendang
3. Lepas dah lama masak cili tu, masukkan air asam jawa
4. Dah didih, masukkan ikan, Ikan jangan masak lama-lama nanti hilang manis timbul payau.
5. Last sekali masukkan garam, bendi dan daun kesum. Bila dah masuk sayur jangan masak lama. Nanti bendi lembik sangat tak sedap.
6. Ambik pinggan makan. Huh nyum-nyum

Category:

6 comments:

zeza said...

adek.

jangan cair sangat tau...tak sedap.jangan lupa letak garam dan perasa cik aji naik moto....lupa nak tulis....yang penting ikan mesti fresh.dan tidak hanyir....
kalau ikan pari...(petua basuh dgn sedikit kapur sireh)kalau tak de kapaur kasut sekolah anak pun tak pe...heheheheheh

menyegar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zeza said...

adek.

jangan letak limau nipis...nanti hilang rasa orinya...macam tepung jagung dgn tepung gandum...kan ada bezanya......
selamat mencuba

Anonymous said...

emm nak rasa akak yg masak :-)

zeza said...

yeap one day

Anonymous said...

one day tu bila?

Post a Comment