selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

hukum karma

beri kebencianmu
akan terhalaulah perasaanku
beri sedarmu
tertolehlah kesilapanku
beri racunmu
sembuhlah penyakitku
jangan beri aku kata kata
dan aku mulai jadi manja
jangan beri ku madu
dan aku belajar jadi perindu
jangan bermain dengan harapan
kelak aku jadi penasaran
kalau timba tak panjang tali
mana boleh mencecah perigi
kubur kalau digali
sedar kita menanti
angin tak ada ribut tak melanda
tiba tiba pokokku tumbang jua

Category:

1 comments:

Azam Abd Rahman said...

saya semakin sukai sajak2 awk, sy juga sayangi awak tapi tak mampu lebih jauh, melainkan setakat yang wajar saja kerana ada batas2 yang tidak mampu dilepasi kita....awk mesti faham akan maknanya apabila melihat kedalam diri kita sendiri.....kehidupan ini kadang2 juga kejam untuk setengah2 orang yang terpaksa merasai kekecewaan...

Post a Comment