selamat datang

KEDAI BUKU PERINTIS PUTRA PERDANA

kalau tiada kamu

aku seperti tiada pemandu
terhenti semangat terhenti jiwaku
tanpa sedari aku sebenarnya mengekori
bayang bayang kelam disebalek puisi
mungkin kamu sedar atau tidak pernah tahu
aku. seperti anak kecil yang masih mahu berpegang
dan kau lepaskan dipersimpangan
dan kau biarkan
aku dengan kakiku sendiri
aku seperti mendengar bisekkan hatimu
aku terpaksa
kerana kita pun terpaksa

aku hanya mampu melihat kamu yang menghilang dalam kabus
dan kau juga akan melihat aku hilang perlahan lahan

Category:

2 comments:

C L J said...

Manusia dilahirkan sendirian
pulang kelak pun akan sendirian
maka sendiri sendiri sendirian itu
adalah latihan sambil membina kendiri
sambil menguat kukuhkan jatidiri
mengapa tidak.

Hanyut dikabut kelam diawan
adalah fantasi laluan fikiran
dalam mencari jelma di ghaib alam
bertambah kelamnya pandangan
menambah rancaknya pencarian
sekaligus memberi riadhah berterusan
buat menyubur bina minda kreatif.

Maka inginlah hamba bertanyakan
mengapa tidak kembara itu dienakkan?

kedai buku perintis said...

SEMANGAT ADALAH TEMAN RAPAT KITA.SENDIRI BAGUS UNTUK BERINTERAKSI DGN KESABARAN DIRI
KEHILANGAN KEDUANYA INI LAH
YANG BUAT KERESAHAN TERPALIT KEWAJAH

BUKAN SENANG MENDIDIK HATI
MAKIN TUNDUK MAKIN BERISI
NAFSU RASOKAN BUAT KITA DINILAII
SETINGGI IMAN JATUH DIKAKI..

Post a Comment